☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Oktober 2023

Kolaborasi Marc Marquez & Honda Tamat Selepas 11 Tahun

Rasmi... pelumba sensasi pasukan Repsol Honda dan Juara MotoGP 8 kali, Marc Marquez akan meninggalkan pasukan itu pada akhir musim 2023 ini. Berita ini telah diumumkan oleh Honda Racing Corporation (HRC) dengan persetujuan kedua-dua belah pihak sekaligus menamatkan kontrak empat tahun mereka yang masih berbaki setahun lagi itu lebih awal.

Maka dengan ini, tamatlah kerjasama di antara pelumba bernombor #93 dengan HRC yang terjalin selama 11 tahun itu. Marc Marquez telah menjulang pasukan Repsol Honda khususnya dengan kejayaan merangkul kejuaraan dunia MotoGP (kelas prima) sebanyak enam kali, 59 kemenangan, 101 podium dan 64 kedudukan pole.

Marquez meraih kemenangan sulungnya dalam kelas prima menerusi jentera Honda RC213V di Grand Prix of the Americas di Austin, Texas pada 2013 untuk menjadi pemenang kelas perdana termuda. Tahun itu juga pelumba Sepanyol itu turut dinobatkan sebagai juara dalam sejarah MotoGP.

Pada 2014 dia mempertahankan kejuaraannya dengan memenangi 10 perlumbaan pembukaan berturut-turut. Marquez kemudiannya mencipta nama sebagai juara MotoGP pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.

Walaupun begitu, gabungan MM93 dan Repsol Honda akan diteruskan hingga ke pusingan akhir musim ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).