Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Oktober 2023

Cuaca Buruk Tak Halang Jorge Martin Cipta Kemenangan

Perlumbaan pusingan ke-14 yang berlangsung di Litar Motegi Ahad lepas ternyata memberi kerisauan bukan sahaja buat para pelumba tetapi juga setiap mata yang menonton saingan ini sejak dari awal permulaan hingga akhir. Langit yang kelabu menyelubungi Litar Motegi ketika saingan akhir belum lagi dijalankan ternyata bertukar warna menjadi lebih gelap tidak beberapa kemudian.

Jorge Martin (Prima Pramac Racing) berjaya mengatasi kekalutan itu dengan mempamerkan kawalan cemerlang untuk mengatasi Francesco Bagnaia (Pecco) dan ini telah mengurangkan jurang tangga keseluruhan kepada hanya tiga mata. Peeco yang agak tertekan dengan beberapa siri kemalangan pada musim ini dilihat terus bertahan untuk meninggalkan GP Jepun dengan 20 mata yang cukup penting.

Jorge Martin '89' berjaya memintas Pecco untuk meraih kemenangan di Litar Motegi.
Jorge Martin '89' berjaya memintas Pecco untuk meraih kemenangan di Litar Motegi.
Pecco perlu lebih berwaspada jika ingin terus memegang takhta.
Pecco perlu lebih berwaspada jika ingin terus memegang takhta.

Apa yang lebih menarik, ketika kedua-dua pelumba ini 'terikat' untuk membuktikan siapa lebih hebat, kedudkan mereka berjaya diekori oleh pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang sekali lagi berjaya meletakkan dirinya ke podium di 'halaman rumah' Honda.

Sebelum hujan, semua pelumba menggunakan tayar jenis slick. Martin melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan, manakala Jack Miller memiliki rentak yang cukup baik. Bagnaia pula agak ketinggalan di posisi keempat sewaktu para pelumba berebut-rebut di selekoh pertama yang turut menyebabkan Maverick Viñales dan Johann Zarco tidak bernasib baik.

Rentak Marquez bersama jenteranya dilihat semakin baik.
Rentak Marquez bersama jenteranya dilihat semakin baik.
Podium Grand Prix pertama buat Marc Marquez selepas kejayaannya dalam saingan 'Sprint Test' di GP India tempohari.
Podium Grand Prix pertama buat Marc Marquez selepas kejayaannya dalam saingan 'Sprint Test' di GP India tempohari.

Apabila hujan semakin lebat, pitlane dibuka hampir serta-merta bagi penunggang menukar jentera masing-masing dan sememangnya majoriti besar memilih untuk masuk. Martin pelumba pertama diikuti Bagnaia, Marco Bezzecchi, Marquez dan Aleix Espargaro mengekori rapat di belakang. Lima pelumba lain iaitu Fabio Quartararo, Franco Morbidelli, Cal Crutchlow, Stefan Bradl dan Michele Pirro memilih untuk tidak keluar. Di saat itu, secara tiba-tiba, Pirro sedang mendahului Grand Prix Jepun.

Martin mengetuai kumpulan besar (menukar motor) keluar ke trek dan tidak lama kemudian, Quartararo dan Crutchlow masuk ke pit. Pirro, Bradl dan Morbidelli kekal di atas litar yang semakin licin. Sebaik saja Pirro pula kembali ke pit menukar jentera, kedudukan pendahulu sekali lagi bertukar. Pesaingan juga semakin mendebarkan. Baru lima lap sahaja, dah macam-macam berlaku.

Sebaik sahaja hujan turun, perlumbaan menjadi lebih mendebarkan tetapi agak menarik untuk ditonton.
Sebaik sahaja hujan turun, perlumbaan menjadi lebih mendebarkan tetapi agak menarik untuk ditonton.

Selepas Lap 9, Martin mula sudah memecut dengan lebih pantas manakala Bagnaia pula masih cuba mengekalkan jarak yang selamat daripada Bezzecchi. Joan Mir dan Miller terlibat dalam perebutan untuk tempat ketujuh sebelum pelumba Australia itu terbabas pada Lap 11 tetapi agak bernasib baik kerana dapat menyertai semula perlumbaan.

Keadaan cuaca dan litar semakin teruk tetapi ia tidak dapat menghalang Marquez untuk mengejar dan menundukkan Bezzecchi. Rentak Marquez semakin baik tetapi apabila dia cuba memberi tekanan buat Bagnaia, bendera merah telah berkibar.

Persaingan yang cukup sukar buat para pelumba.
Persaingan yang cukup sukar buat para pelumba.
Francesco Bagnaia, raih tempat ke-10 GP Jepun.
Francesco Bagnaia, raih tempat ke-10 GP Jepun.
Takaaki Nakagami menarik nafas lega apabila menjaya menyempurnakan perlumbaan di laman sendiri di tempat ke-11.
Takaaki Nakagami menarik nafas lega apabila menjaya menyempurnakan perlumbaan di laman sendiri di tempat ke-11.

Mengikut kiraan biasa, apabila perlumbaan baru diselesaikan 13 daripada 24 Lap keseluruhan, 'Restart' boleh dilakukan jika keadaan bertambah baik tetapi sebelum para pelumba dapat melengkapkan 'Lap Pemanas', bendera merah dikibarkan sekali lagi dan keputusan perlumbaan diumumkan.

Alex Rins akhirnya kembali menunggang jenteranya selepas sekian lama 'berhenti' akibat kecederaan.
Alex Rins akhirnya kembali menunggang jenteranya selepas sekian lama 'berhenti' akibat kecederaan.

Memandangkan lebih 50% perlumbaan telah selesai, mata penuh telah diberikan dengan Martin yang disahkan sebagai juara dan membawa pulang 25 mata lagi. Ini meletakkannya hanya tiga mata di belakang Bagnaia. Tempat ketiga dimenangi oleh Marquez diikuti Bezzecchi, A. Espargaro dan Miller. RR

Kedudukan Keseluruhan Selepas GP Jepun:

  • Francesco Bagnaia
  • Jorge Martin
  • Marco Bezzecchi
  • Brad Binder
  • Aleix Espargaro
     

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Dari Litar

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Hakim Danish sedia untuk menggalas tanggungjawap seterusnyamenjelang GP Britain di Litar Silverstone