Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 16 Oktober 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Pada tahun ini, TM Bikers buat kelainan sedikit iaitu Ride ke Filipina untuk merasa pengalaman menunggang ke luar negara sambil mengeratkan ukhwah sesama ahli kelab. Seramai 35  peserta yang mengambil bahaigan untuk menyertai ekpedisi menelusuri bumi Filipina sejauh 800 kilometer, merentas pantai, gunung serta bandar - penuh dengan kisah yang takkan dilupakan.

Hari Pertama - Tiba di Manila

Oleh kerana jadual para peserta yang berbeza-beza, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila di hari yang berlainan. Kumpulan pertama tiba pada 27hb Januari diikuti kumpulan kedua di hari berikutnya, manakala kumpulan ketiga sampai di Manila pada 29hb Januari 2025.

Sebaik sahaja semua peserta telah tiba, kami mula bergerak ke Hotel Red Planet Cubao Aurora dengan menaiki Grab oleh kerana trafik di Manila sangat sesak berbanding di kuala Lumpur. Perjalanan ke hotel hanya mengambil masa 40 minit dari lapangan terbang.

Selepas sahaja urusan Check-in di hotel dan berehat, kesemua peserta mula berkumpul untuk sesi taklimat ringkas. tempat untuik mengambil motosikal sewa dekat dengan hotel, kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Ekspedisi kali ini kami memilih jentera skutar iaitu Yamaha Nmax 155 (Aerox) dan Hnda Click 150 - sesuai dengan trafik Manila yang padat. Sebelum mengambil lebih kurang 29 jentera, kesemua motosikal dipereksa dengan rapi termasuk enjin, lampu dan brek supaya perjalanan akan lebih selamat dan lancar.

Selesa sahaja mengambil motor, kamu ride keliling bandar dengan melalui kawasan utama seperti  Makati, Quezon City, dan Ermita. Walaupun masih kepenatan dari penerbangan, semangat konvoi jelas terasa. Kami singgah makan malam di restoran tempatan dan mencuba makanan  adobo, sinigang, dan lechon. Masing-masing kemudian pulang ke hotel dan berehat untuk bersedia dengan aktiviti sebenar pada keesokannya.

Hari Kedua -  Perjalanan Sebenar Bermula

Sekitar jam 7.00 pagi lagi para peserta sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Ada yang keluar untuk cari serapan dan ada yang berehat sebentar dalam bilik sambil makan bekalan yang di beli di kedai runcit berdekatan memandangkan di manila susah sedikit untuk mencari makanan halal di awal pagi kerna banyak kedai yang masih belum buka.

Kami semua mula berkumpul pada jam 8.30 pagi untuk sesi taklimat tentang laluan, cuaca, keselamatan dan aktiviti pada hari kedua. Perjalanan konvoi pun bermula jam 9.00 pagi menghala ke Real, infanta - lebih kurang 170 kilometer.  Infanta ni digelar “Gateway to the Pacific” kerana terletak betul-betul dekat pantai Lautan Pasifik manakala bandarnya kecil namun tenang dan cantik seperti suasani kampung zaman dahulu.

Hentian pertama di  Shell Boso di Antipolo, mengambil masa sejam lebih dan harga minyak di sini RM5 seliter. Perjalanan disambung semula menuju ke Tanay Highland. Lepas sahaja makan, hujan mula turun, kami menggunakan laluan Marilaque Highway — dikenali sebagai “Devil’s Corner”. Perjalanan menjadi perlahan oleh kerana kami ingi mengutamakan keselatam para peserta. 

Walaupun basah kuyup, para peserta sangat gembira kerana dapat melihat pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Infanta merupakan kawasan yang sering kena taufan, jadi kami dapat merasa sendiri suasa tersebut walaupun tidak terlalu bahaya.

Lebih kurang 3.00 petang kami tiba di Ocean View Marpet’s Beach Resort, hotel yang betul-betul tepi pantai. Walaupun tidak berpeluang meronda pekan Infanta oleh kerana basah, tapi itu tak menghalang semangat para peserta untuk teruskan aktiviti BBQ di sebelah malam.

Hari Ketiga - Menunggang Dalam Hujan, Jiwa Tetap Panas!

Subuh berjemaah membuka pagi hari ketiga. Disebabkan susah cari makanan halal, team dapur dikendalikan oleh Kak Salmi ambil inisiatif masak sarapan sendiri — nasi goreng, sambal, dan kopi panas, cukup membangkitkan semangat.

Walaupun hujan masih turun sejak pagi, perjalanan konvoi tetap diteruskan menuju ke Lucena City -  lebih kurang 200 kilometer. Dalam perjalananm para peserta singgah di Balagbag Falls untuk berehat. di sini merupakan kawasa pelancongan  iaitu Air Terjun semula jadi yang mengalir terus ke laut.

Kami kemudia singgah makan tengah hari di puncak Caliraya Heights, menikmati udara sejuk dan pemandangan tasik buatan manusia yang wujub pada 1939 iaitu Tasik Caliraya. Selepas hampir seharian meredah hujan dan jalan licin, konvoi akhirnya tiba di Hotel 2205 Suites, Lucena City tepat jam 5 petang. 200KM penuh cabaran — mission accomplished!

Hari Keempat - Dari Pantai ke Puncak

Hari keempat dimulakan dengan solat Subuh di Masjid Darussalam Al Kabir. Selepas sahaja sarapan, konvoi sambung perjalanan ke Tagaytay, kira-kira 200km dari Lucena. Kami berhenti di Port Sariaya selepas 35 minit menunggang untuk mengambil gambar dan merakan kenangan serta mengisi bahan api.

Cabaran sebenar bermula apabila kamu memasuki laluan offroad sejauh 40 kilometer dari Lobo ke Malango, Jalan berbatu, berdebu, dan ada gaung di tepi. Laluan ni juga digunakan oleh penduduk dan pelancong yang ingin ke resort-resort cantik sekitar kawasan ini. Rehat seketika di kawasan rumah api dengan pemandangan laut luas, sebelum meneruskan perjalanan ke Lipa City untuk makan tengah hari di Mumtaz Arabic & Persian Food Alley — restoran halal terkenal di kawasan tu.

Pendakian ke Tagaytay memang mencabar penuh dengan selekoh dan banyak kenderaan seperti lori dan bas. Tagaytay merupakan kawasan tanah tinggi yang sejuk dan terkenal dengan pemandangan Tasik Taal dan Gunung Berapi Taal.

Kami tiba di Hotel Mont Wind sekitar jam 5.00 petang, disambut dengan makan malam halal di restoran milik rakyat Palestin bersebelahan hotel. Menunya adalah Nasi beriyani, shawarma, dan macam-macam lagi. Malamnya, peserta sempat bersiar di pasar malam Muslim dan pusat membeli-belah berdekatan. Memang meriah!

Hari Kelima -  Dari Tagaytay ke Manila, Penutup Penuh Makna

Seperti biasa kami memulakan pagi dengan solat Subuh (ada yang ke Masjid Al-Huda) dan bersarapan di hotel. hari terakhir konvoi lebih santa kerana perjalanan men uju ke Manila hanya sekitar 130 kilometer. Selepas sahaja bergerak, konvoi singgah di Lookout Viewpoint untuk mengambil gambar sebelum meninggalkan kawasan tanah tinggi itu.

Perhentian seterusnya di PLDT Submarine Cable Landing Station di Nasugbu — pusat sambungan kabel dasar laut yang menghubungkan Filipina dengan dunia luar, termasuk Malaysia. Kami di sambut oleh Encik John Bustamante, cucu kepada legenda pool dunia, Django Bustamante. 

Konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Kaybiang Tunnel, terowong jalan raya terpanjang di Filipina (300 meter) dan spot kegemaran riders tempatan. Di sini kami hanya singgah sekitar 10 minit sahaja, sempat la untuk ambil gambar dan video. Perut pun dah berbunyi, kami singgah di  Kina Baba Halal Resto Café di Dasmariñas, Cavite untuk makan tengah hari. Menu disini menawarkan makanan Timur Tengah yang halal dan sedap.

Setiap perjalanan mesti ada cabarannya. Kumpulan kami yang besar — 29 buah motor semuanya — turut berdepan sedikit masalah apabila salah satu motor mengalami masalah tayar. Kami semua berhenti untuk membantu sehingga motor tersebut kembali boleh bergerak. Seperti biasa, bila konvoi besar begini, agak sukar untuk semua kekal bersama. Akhirnya, kami terpisah kepada beberapa kumpulan kecil — yang sebenarnya lebih mudah untuk bergerak. Oh ya, ada juga yang sempat “disapa” oleh polis trafik Manila!

pada jam 5.00 [petang kesemua peserta selamat tiba di Hotel Red Planet Cubao, Aurora Boulevard. Sesi malam terakhir di Manila, para peserta diberi kebebasan untuk bersiar-siar di bandar Manila, ada yang shopping dan ada yang ronda-ronda bandar. Antara destinasi popular malam itu adalah SM Market, Divisoria dan Rizal Monument.

Hari Keenam - Selamat Tinggal Manila

Hari keenam jadi hari santai. Tiada ride, cuma masa untuk rehat, refleksi, dan menikmati suasana bandar Manila sebelum pulang. Sebelum pulang kamis epat singgah di Rizal Park, Manila City Hall Underpass,  Jones Bridge,  Rajah Sulayman Park, Ayala Museum, Ayala Triangle Gardens, Kilometer Zero dan SM Mall of Asia.

Sebagai bikers sejati, para peserta juga tak lepaskan peluang lawat beberapa kedai motor seperti Harley-Davidson Manila, BMW Motorrad Manila, Wunderlich Manila dan SEC Motor.

Selepas enam hari penuh pengalaman, TM Bikers 2025 -  Philippines Ride menutup tirai dengan senyuman, sedikit keletihan tetapi penuh kepuasan dan kenangan.Lebih 800 kilometer ditempuh - ia bukan sekadar menunggang tetapi membina persahabatab dan kenangan seumur hidup. RR

Oleh: Zack Ahmad
Gambar: Koleksi TM Bikers 2025 Philippines Ride

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Yamaha RXZ Winter Ride ke China

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan.

Dari Litar

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Hakim Danish Ramli mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Moto3 apabila mengharungi cabaran Pusingan 11 GP Jerman.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tandangani Kontrak 4 Tahun Bersama Aprilia

Sah...pelumba dari Itali dan juga bekas juara MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia (Pecco) akan meninggalkan Ducati untuk meneruskan kariernya bersama pasukan Aprilia Racing bermula musim 2027 nanti.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.