☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 12 Ogos 2026

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan dari 1hb hingga 8hb Mei 2026. Program ini meruipakan ekspedisi bermotosikal yang merentasi beberapa destinasi utama di Sri Lanka. Pernganjurann ini juga merupakan salah satui medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, mengenali budaya tempatan dan melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ekspedisi bermula dengan ketibaan peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike sebelum bergerak ke Negombo. Hari pertama diisi dengan sesi pengambilan dan pemeriksaan motosikal sewaan bagi memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Peserta juga turut berpeluang menikmati hidangan tradisional Sri Lanka sebagai pengenalan kepada budaya tempatan.

Konvoi rasmi bermula pada hari kedua dari Negombo menuju ke Hunas melalui Banjaran Knuckles. Sepanjang perjalanan lebih kurang 150 kilometer, peserta singgah di beberapa lokasi menarik termasuk Wild Café Giriulla, Pinnawala Restaurant dan Pinnawala Elephant Orphanage. Laluan berbukit dan berliku yang dikelilingi kehijauan hutan tropika memberikan pengalaman tunggangan yang unik sebelum peserta bermalam di Hunas Falls Hotel.



Perjalanan diteruskan semula pada hari ketiga di mana para peserta perlu menuju ke bandar bersejarah di Kandy. Laluan di kawasan tanah tinggi menyajikan pemandangan yang begitu indah antaranya kawasan tasik, bandar lama dan pusat kebudayaan tempatan. Peserta turut berpeluang mendalami sejarah serta warisan masyarakat Sri Lanka. Antara pengalaman paling diingati ialah menunggang di laluan yang dikelilingi ladang teh yang terbentang luas dengan memberikan suasana tenang dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Hari keempat pula menyaksikan perjalanan dari Kandy ke Ella melalui laluan tanah tinggi yang terkenal dalam kalangan penunggang motosikal dari seluruh dunia. Konvoi singgah di Ramboda View Point dan Kilang Teh Labookellie untuk melihat sendiri proses penghasilan teh Ceylon yang terkenal. Walaupun hujan lebat di beberapa kawasan, semangat berpasukan dan disiplin peserta memastikan konvoi berjaya meneruskan perjalanan dengan selamat. Biarpun semua peserta basah, pengalaman tersebut menjadi antara kenangan paling menyeronokkan sepanjang ekspedisi.

Peserta meneruskan perjalanan ke Udawalawa dari Ella pada hari kelima. Sebelum itu, para peserta menikmati pengalaman menaiki kereta api dari Badulla yang terkenal sebagai antara laluan kereta api paling cantik di dunia. Pemandangan banjaran gunung serta ladang teh yang menghijau menjadikan perjalanan itu cukup istimewa sekali. Peserta juga turut berpeluang merakam gambar dari pintu gerabak yang menjadi tarikan utama laluan tersebut. Selepas singgah di Mini Adams Peak dan Ravana Falls, perjalanan diteruska ke Taman Negara Udawalawe untuk aktiviti safari dab berpeluang melihat gajah liar, rusa serta pelbagai spesies burung dalam habitat semula jadi.

Hari keenam merupakan perjalanan pulang ke Negombo. Beberapa hentian rehat dilakukan di pekan kecil dan kawasan ladang kelapa sebelum semua motosikal dipulangkan kepada pihak Sha Lankan Motor Rental. Walaupun terdapat sedikit cabaran seperti motosikal kehabisan bahan api, segala situasi berjaya diatasi dengan baik tanpa menjejaskan kelancaran keseluruhan ekspedisi.

Program diakhiri dengan aktiviti rasmi dan tanggungjawab sosial korporat di Colombo bersama Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka dan Maldives. Peserta turut menyantuni kanak-kanak mangsa Taufan Ditwah di Al Naseer College menerusi penyampaian sumbangan bernilai RM6,600 dalam bentuk kelengkapan alat tulis supaya dapat mencerminkan komitmen TM Bikers dalam menyumbang kepada masyarakat setempat.

TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya mencapai objektif yang dirancang. Selain menawarkan pengalaman menunggang yang luar biasa merentasi antara laluan tercantik di Sri Lanka, program ini turut mengukuhkan semangat persahabatan, kerjasama dan nilai kemanusiaan dalam kalangan peserta. Dengan jalan raya yang bersih, pemandangan alam yang menakjubkan dan budaya masyarakat yang mesra, Sri Lanka sememangnya destinasi yang sangat sesuai untuk diterokai dari atas pelana motosikal. Tidak mustahil negara ini akan terus menjadi pilihan bagi ekspedisi TM Bikers pada masa akan datang. RR

Laporan: Zack Ahmad & Harris CDM

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Artikel berkaitan

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited."

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.