BATAM RIDE 2025
Konvoi Batam Ride 2025 anjuran TM Bikers Malaysia dengan jayanya telah berlangsung selama 4 hari 3 malam yang berjaya menghimpunkan seramai 47 peserta dengan 29 buah motosikal untuk satu pengembaraan rentas negara dari Malaysia ke Indonesia.

Pada 9hb Mei 2025 merupakan hari ketibaan para peserta di Johor Bahru, ada yang menunggang solo dan ada secara berkumpulan. Sebaik sahaja tiba, homestay Casa Tropika, Larkin merupakan tempat untuk para peserta menginap dan ada juga yang tinggal di hotel-hotel sekitar Johor Bahru.
Sesi pertemuan santai pada sebelah malam di Restoran Galang Rezeki Ayam Penyet, JB menjadi medan perkenalan awal di kalangan peserta dari pelbagai latar belakang sambil menikmati minuman Teh Tarik manakala hidangan masakan Indonesia menjadi simbolik untuk perjalanan keesokkannya.
Hari Pertama Perjalanan - 10 Mei 2025


Seawal jam 6.00 pagi para peserta mula berkumul di Wisma TM Pelangi, Johor Bahru sebelum bergerak ke Terminal Feri Stulang Laut untuk meneyrberang ke Batam, Indonesia. Sarapan pagi telah disediakan oleh TM Johor sebagai pembuka acara.
Disebabkan hari cuti perayaan Wesak, suasana terminal dipenuhi para pengujung yang ingin pergi bercuti. Feri yang dinaiki peserta yang sepatutnya dijadualkan pada jam 10.30 pagi mengalami sedikit kelewatan akibat peningkatan jumlah penumpang. Selepas sejam menunggu, akhirnya Feri mula bergerak dengan tenang dan selamat.


Sebaik sahaja tiba di Terminal Feri Gold Coast Bengkong selepas 1 jam 30 minit merentasi Selat Tebrau, kehadiran para peserta dari Malaysia disambut oleh Saudara Ibnu, wakil sahabat Komuniti Batam Bikers yang menjadi ketua pengiring sepanjang pogram di Batam.
Selepas sahaja urusan imigresen dan kastam, para peserta menaiki bas dan menuju ke destinasi pertama iaitu Masjid Muhammad Ceng Ho yang menampilkan seni bina berunsur kebudayaan Cina. Perjalanan seterusnya berhenti di di restoran Nasi Goreng Kambing Kebun Siris Tunas yang terletak di Daerah Batam Kota untuk makan tengah hari.


Selesai sahaja sesi makan, para peserta kemudia singgah di di sebuah kedai helmet terkenal di Batam iaitu Toko Helm Safa sebelum mendaftar masuk ke Hotel Beverly Batam. Sementara itu, motosikal sew telah dihantar lebih awal ke hotel oleh pihak ejen.
Sebelah malam pula bermulalah aktiviti konvoi menuju ke FTW Coffee, yang turut menempatkan butik rasmi Harley-Davidson Batam. Acara malam berlangsung dalam suasana santai dan mesra, penuh dengan gelak tawa, sesi bergambar dan perkongsian cerita antara bikers Malaysia dan Indonesia.


Hari Kedua - 11 Mei 2025
Hari kedua menyaksikan konvoi bermotosikal mengelilingi Pulau Batam dengan jarak perjalanan hampir 200 kilometer. Seawal 6.00 pagi lagi sudah ada para peserta yang berkumpul di ruang makan hotel bagi menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak Beverly Hotel Batam.


konvoi bermula jam 7.30 pagi dengan keadaan jalan yang basah disebabkan hujan. Walaubagaimanapun, perjalanan konvoi tetap lancar dan para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan (setiap kumpulan 15 buah motosikal).


Antara lokasi utama yang dikunjungi adalah Jambatan Barelang 1 (Jambatan Tengku Fisabilillah), yang merupakan ikon utama pelancongan Batam. Di Sini para peserta berhenti selama 15 minit untuk sesi bergambar. Perjalanan kemudian diteruskan ke Jambatan Barelang 5 (Jambatan Tuanku Tambusai) untuk sesi bergambar dan melihat pemandangan di sekitar jambatan.
konvoi kemudian menuju ke lokasi penting iaitu Titik Nol Batam, yang merupakan titik geografi permulaan Pulau Batam. Para peserta berhenti di sini selama 30 minit untuk berehat, bergambar dan menikmati kopi tempatan. Titik Nol ini merupakan tempat wajib dikunjungi oleh pelancong terutamanya para penunggang motosikal dari luar negara.



Program diteruskan dengan makan tengah hari di restoran terapung Kopak Jaya 007 Kelong Seafood sebelum peserta menyertai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah Anak Yatim Al Muhibbin. Melalui program CSR ini, sumbangan berbentuk barangan keperluan dan wang tunai berjumlah hampir 13.8 juta Rupiah telah disalurkan kepada rumah jagaan yang menempatkan 37 orang anak yatim. Inisiatif ini dijayakan hasil kerjasama TM Bikers Malaysia dan Pertubuhan Jejak Bantu Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen peserta terhadap aspek kebajikan masyarakat setempat.



Sebelum menamatkan konvoi pada hari kedua, para peserta singgah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah yang merupakan masjid terbesar di Pulau Batam, sebagai salah satu lokasi mercu tanda utama sebelum kembali ke hotel. Aktiviti sebelah malam adalah bebas, antara lokasi yang sempat disinggah adalah Nagoya Hill Mall, Tharmin City, Pasar Bundle Terbesar Batam dan Butik Eiger.


Hari Ketiga - 12 Mei 2025
Hari ketiga merupakan hari terakhir TM Bikers Malaysia di Batam, Indonesia. Para peserta diberi kelonggaran untuk merancang aktiviti masing-masing sebelum mendaftasr keluar. Antara aktiviti dan lokasi yang sempat di singgah adalah Puncak Beliung, Butik Eiger dan Nagoya Hill Mall. Tepat jam 3.00 petang, bas mula tiba di perkarangan hotel untuk bertolak ke Terminal Gold Coast Ferry. Sesi penutup ringkas diadakan bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan mereka dalam menjayakan BATAM RIDE 2025 Vol. 1.


Selepas selesai sesi imigresen dan kastam sekitar 3.30 petang, Feri mula bergerak ke Terminal Stulang Laut Waterfront pada jam 5.00 petang. Selepas sapai di sana pada jam 8.05 malam, para peserta mula menuju ke TM Wisma Pelangi, Johor Bahru menaiki Grab.Sebahagian peserta mula bergerak pulang ke Kuala Lumpur, manakala ada juga yang memilih untuk bermalam di Johor Bahru demi keselamatan kerana tidak mahu menunggang pada waktu malam.


Dianggarkan hampir 15 motosikal dan kereta bergerak pulang malam itu dan selebihnya bertolak keesokan pagi. Dengan itu, berakhirlah progran BATAM RIDE 2025 yang penuh pengalaman. RR
Popular




