Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Ogos 2020

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW S 1000 XR & Teaser Ketibaan BMW R18 Baru

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan BMW S 1000 XR terbaru dan turut memberi bayangan dengan ketibaan jentera cruiser ‘big boxer’ yang cukup ikonik iaitu BMW R 18 melalui platform tempahan menerusi talian BMW Motorrad Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl, model S 1000 XR telah meletakkan tanda aras baru yang kini lebih tinggi dengan kelincahan dan sifatnya yang versatil. Kemunculan R 18 pula menggabungkan ciri-ciri ikonik dalam sejarah BMW Motorrad dengan tunggangan lebih moden serta kemegahannya yang unik.

“Berbekalkan enjin dan saspensi yang diperbaharui, BMW S 1000 XR baru ini 10kg lebih ringan berbanding model sebelumnya dan menjadikan ia sebuah jentera yang cemerlang dalam semua tunggangan. Bagi BMW R 18 pula, deruman enjin boxer bersesaran 1,802cc (saiz enjin terbesar pernah dihasilkan oleh BMW) yang dimilikinya tidak dapat ditandingi oleh yang lain,” kata En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia.

BMW S 1000 XR: Model baru ini didatangkan dengan layout kerangka, tangki dan beberapa bahagian di pelana yang diberi sentuhan serba baru. Ini memberi sokongan pada bahagian lutut penunggang, memberikan posisi menunggang lebih selesa untuk perjalanan lebih sempurna.

Bahagian hadapannya lebih anggun dan mantap. Lampu-lampu LED, lampu selekoh dan Pro Daytime Running Light (DRL) turut dilengkapkan pada model ini. S 1000 XR disempurnakan dengan enjin 999cc yang menawarkan hantaran kuasa 121kW/165hp pada 11,000 rpm dan tork 114Nm pada 9,250rpm dengan kelajuan maksimum 200km/j.

Turut dipadatkan ialah BMW Motorrad Dynamic ESA, BMW Dynamic Brake Control, empat mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro), Dynamic Traction Control, Hill Start Control, dan banyak lagi. Model ini boleh dimiliki pada harga RM121,500 dengan dua pilihan warna iaitu Ice Grey dan Racing Red.

R 18: Hanya terdapat 18 unit sahaja untuk pasaran di Malaysia dan model ini lebih unik apabila turut disemadikan logo Edisi Pertama yang cukup terkenal. R 18 diserikan dengan bar hendal, tuas gear, pelindung kepala silinder dan pelindung engkol jenis krom. Ia turut dikemaskan dengan lampu-lampu LED yang memberikan suluhan cukup terang serta menyerlahkan lagi rekaan jentera yang turut berkongsi ciptaan hebat Roland Sands Design.

R 18 didatangkan dengan enjin bersesaran paling besar dalam sejarah BMW yang mampu menjanakan tork setinggi 158Nm pada 3,000rpm dengan kelajuan maksimum mencecah 180km/j. Untuk memberikan pengalaman hebat buat pemiliknya, BMW telah menyempurnakan cruiser ini dengan Automatic Stability Control, ABS, tiga mod tunggangan (Rock, Roll dan Rain) dan sistem kunci pintar. Model serba baru ini berwarna hitam/kelabu dan boleh dimiliki pada harga RM156,500. RR

Isu Pada

Ogos 2020

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Pandu Uji

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda 'Africa Twin' memperoleh reputasinya bermula pada tahun 1980-an apabila syarikat pengeluar motosikal dari Jepun ini membuat keputusan untuk sertai perlumbaan lasak, Rally Paris-Dakar.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.