☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Mac 2020

MOTO GUZZI V85TT Tawar Tunggangan Lebih Mantap

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi Moto Guzzi di Malaysia telah melancarkan model Classic Enduro pertamanya iaitu V85 TT. Majlis pelancaran model ini disempurnakan di Rimba Valley Motor Campsite, Janda Baik yang menawarkan pemandangan cukup segar dan nyaman. Majlis pelancaran jentera lasak ini lebih meriah dengan kehadiran Pengerusi Didi Resources, En. Rewi Bugo, Pengarah Urusan, Goh Kian Sin dan Pengurus Besar, En Juan Chow Wee.


Dengan memiliki pengalaman luas dalam dunia pengeluaran motosikal, Moto Guzzi V85 TT berjaya melahirkan sebuah model yang menggabungkan sentuhan klasik dengan kemantapan teknologi terkini. Ia mencerminkan falsafah dalam pembinaan yang sentiasa mengutamakan kesederhanaan, praktikaliti dan kesempurnaan dalam hubungan di antara sebuah motosikal dan penunggangnya.

“Malaysia mempunyai jalan raya yang cukup sesuai untuk pengembaraan motosikal. Kita dapat menjelajah hingga ke negara jiran dengan mudah dan V85 TT sememangnya cukup sesuai untuk para pencinta motosikal di Malaysia di setiap lapisan usia, tidak kira muda atau tua,” kata En. Rewi.

Moto Guzzi V85 TT dikuasakan oleh enjin 853cc yang memiliki kuasa maksimum setinggi 80hp pada 7,750rpm dan kuasa tork 80Nm pada 5,000rpm. Turut menanti para pemilik jentera ini ialah sistem elektronik cukup mantap seperti mod tunggangan (Road, Rain, Offroad), Traction Control, Cruise Control, sistem ABS, panel meter TFT, sistem lampu DRL, Moto Guzzi Multimedia Platform dan banyak lagi.

RR berkesempatan menunggang uji model ini di laluan lasak berjarak sekitar lima kilometer. Dalam sesi yang agak ringkas ini, sempatlah kami nikmati beberapa ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh jentera Moto Guzzi ini. Panel meter jenis TFT menawarkan pemandangan cukup jelas dalam semua persekitaran. Walaupun ia adalah sebuah jentera yang tidak begitu ringan, geometri rekabentuknya dan bar hendalnya yang lebat menyebabkan Moto Guzzi ini mudah dikawal dan lincah di pelbagai jenis permukaan jalan.

Moto Guzzi baru ini ditawarkan dalam dua varian yang dijual pada harga RM87,888 untuk model standard dan RM89,888 untuk model V85 TT dengan grafik Evocative. Namun begitu, model V85 TT ditawarkan pada harga istimewa RM79,888 untuk tempoh yang terhad.

Untuk mengetahui keunggulan prestasi keseluruhan Moto Guzzi V85 TT, RR telah membuat pandu uji penuh untuk model mantap ini. Sila dapatkan RodaRoda Jun 2019 (Bil:392). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.