☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2016

Harley Davidson Memperkenalkan 3 Model Terbaru

Selepas menempa kejayaan menerusi Harley Davidson Dark Series (Iron 883 dan Forty Eight), Naza Prestige Bikes Sdn Bhd selaku pengimport tunggal jentera Harley Davidson di Malaysia dengan cukup berbesar hati melancarkan bukan satu tetapi tiga model terbaru untuk pasaran negara iaitu Roadster, Softail Slim dan CVO Pro Street Breakout.

Dengan pengenalan tiga model hebat ini, ia memberikan lebih banyak pilihan kepada para pencinta motosikal di Malaysia. “Harley Davidson Kuala Lumpur cukup komited dalam menawarkan perkhidmatan lepas jualan yang berkualiti kepada setiap para pelanggan kami. Kami mempunyai pasukan yang mempunyai kemahiran yang tinggi untuk kepuasan para pemilik jentera ini,” kata Naib Presiden 1 Bersekutu Naza Prestige Bikes Sdn Bhd, En. Eskandar Esa ketika melancarkan ketiga-tiga model ini.

ROADSTER 1200CX
ROADSTER 1200CX

Roadster didatangkan dengan enjin berkapasiti 1,200cc yang mempunyai kuasa tork setinggi 97Nm pada 3,750rpm. Posisi tunggangan model ini cukup menarik. Agresif tetapi pada masa yang sama ia cukup selesa. Kestabilan Roadster ini disumbangkan oleh sistem saspensinya yang cukup cemerlang. Bahagian hadapan dilengkapi dengan fork jenis terbalik 43mm dan saspensi belakang premium yang menyerap segala hentakan dengan baik.

Model ini ditawarkan pada harga asas RM110,000 dengan empat pilihan warna iaitu Velocity Red Sunglo, Billet Silver, Black Denim dan Vivid Black.

SOFTAIL SLIM
SOFTAIL SLIM

Softail Slim pula merupakan sebuah jentera ikonik yang telah diberikan nafas serba baru. Dilengkapkan dengan enjin Screaming Engle Twin Cam 110 berisipadu 1,801cc yang mempunyai kuasa tork yang lebih mengagumkan (145Nm pada 4,000rpm). Dengan tinggi pelana 650mm, jentera ini mudah untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja. Kemasan warna Olive Oil Green (salah satu warna pilihan) bertemakan ketenteraan memang cukup mengagumkan. Model ini pula boleh dimiliki pada harga asas RM160,000 dengan dua lagi warna pilihan iaitu Olive Gold Denim dan Vivid Black.

CVO PRO STREET BREAKOUT FXSE
CVO PRO STREET BREAKOUT FXSE


Model ketiga yang telah diperkenalkan ialah CVO Pro Street Breakout. Model 1,801cc ini ternyata memberikan gaya yang mantap, gagah dengan berkuasa. Tayar belakang yang bersaiz 240mm membuktikan sifat garangnya.


Dengan kedudukan bar hendal sempurna dan posisi menunggang yang selesa, CVO Pro Street Breakout adalah pilihan sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti bermotor. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Starfire Black/Starfire Black dan White Gold Pearl/Starfire Black serta dijual pada harga asas RM210,000.

Dengan kolabrasi yang cukup erat di antara Harley Davidson KL dan Harley Owners Group (H.O.G), pelbagai aktiviti bermotor akan terus dianjurkan untuk mengukuhkan hubungan The Brotherhood & Sisterhood di kalangan komuniti pemilik Harley. Naza Prestige Bikes Sdn Bhd menyasarkan penjualan sebanyak 280 unit pada tahun ini dan dengan adanya aktiviti menarik yang dianjurkan, jumlah jualan pastinya akan terus meningkat. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.