☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 September 2020

MV Agusta Superveloce 800 Cafe Racer Idaman Masa Kini

Sesiapa sahaja yang melihat MV Agusta Superveloce 800 pasti akan kagum dengan keanggunan yang terdapat di setiap sudut tubuh badannya. Model baru ini menawarkan gabungan elemen rekabentuk jentera café racer lama dan enjin serba baru yang kini digelar Neo-Classic Racer. Ia adalah sebuah jentera lumba seperti penciptaan asal café racer yang dilahirkan untuk kegunaan jalan biasa.

CRC Style Centre yang berpengkalan di San Marino sekali lagi telah mengeluarkan barisan jentera yang menyatukan inovasi terkini dengan sebuah jentera vintaj yang pada dasarnya memiliki rekabentuk unik yang hampir sama buat sekian lama. Superveloce 800 didatangkan dengan rekabentuk mesin perlumbaan yang elegan. Bahagian depannya diserikan dengan penggunaan lampu LED berbentuk bulat lengkap dengan lampu DRL dan lampu jenis yang sama juga dipilih untuk kemasan bahagian belakang.

Rekaan panel meter diambil terus daripada model Brutale 1000 Serie Oro yang terdiri daripada meter TFT 5” berwarna penuh yang dikawal oleh joystick terletak di bar hendal sebelah kiri. Paparannya sangat moden dan mudah untuk kita melihat info-info yang dipaparkan seperti tahap kelajuan, posisi gear, tahap putaran rpm, mod tunggangan, pilihan sistem ABS, jam dan sistem connectivity yang diakses melalui aplikasi Bluetooth.

Kemasan bahagian luarannya memang hebat. Fairing sisinya direka dengan ‘menyembunyikan’ semua skrew di bahagian penyambungan – menjadikan permukaan fairing rata dan mewah. Penggunaan material thermoplastic yang ringan tetapi bertegaran tinggi membantu dalam penurunan berat keseluruhan MV Agusta ini. Apabila melihat Superveloce 800 ini dari sisi kanan, kerangka trellis… lengan ayun tunggal, sistem ekzos 3 berlapis dan cermin sisi jenis end bar semestinya membuatkan kita akan mengagumi perekaciptanya yang berjaya menjelmakan sebuah model ‘lama’ yang mampu digilai oleh pencinta motosikal moden.

Enjin tiga silinder 798cc yang dipadatkan pada MV Agusta ini mampu menjanakan kuasa setinggi 148hp pada 13,000 rpm dan tork 88Nm pada 10,600 rpm. Pemetaan enjin Superveloce 800 ini telah ditala semula agar ia lebih fleksibel untuk pelbagai jenis kegunaan. Untuk sistem elektronik pula, model ini dilengkapkan dengan empat mod tunggangan (Sport, Race, Rain dan Custom), kotak gear MV EAS 2.1 Up & Down dan sistem traction control lapan tahap.

Untuk tunggangan yang mantap dan kestabilannya di laluan-laluan berselekoh, MV Agusta memilih untuk melengkapkan model café racer moden ini dengan fork hadapan jenis Marzocchi 43mm dan penyerap hentak jenis Sachs. Pergerakan tayar-tayar model ini dikawal oleh sistem brek jenis Brembo yang bersaiz 320mm (depan) dan 220mm di belakang beserta ABS. Untuk mengelakkan tayar belakang daripada terangkat jika membrek dengan keras, Superveloce 800 turut didatangkan dengan Rear Wheel Lift-up Mitigation (RLM) yang diaktifkan ketika menggunakan mod Race.

Pastinya ia menjadi kebanggaan sesiapa sahaja yang berada bersamanya. Superveloce 800 ini cantik, moden dan pantas. Memang bergaya sekali! RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.