☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Ogos 2019

APRILIA RSV4 1100 Factory Dilancarkan

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar sah jenama Aprilia di Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model jalanan paling berkuasa iaitu RSV4 1100 Factory. Aprilia RSV4 sentiasa menjadi aras tanda untuk prestasi dan kemantapan tunggangannya. Ia dibuktikan menerusi pencapaian luar biasa jentera ini dalam pelbagai kejuaraan dan perlumbaan. Aprilia telah dijulang sebanyak 54 kali dalam saingan WSBK dan ia datangnya dari kecemerlangan kejuruteraan jentera ini.

Pelancaran model ini telah diadakan di The Podium Penchala sempena siaran langsung MotoGP pusingan ke-9 di Jerman yang dimeriahkan dengan kehadiran para pemilik jentera Aprilia yang sanggup 'turun' memberi semangat.

Aprilia menyempurnakan model hebat ini dengan enjin V4 65° bersesaran 1,078cc yang menawarkan kuasa maksimum 217hp pada 13,200 rpm dan tork 122Nm pada 11,000 rpm. Untuk kelancaran kuasa enjin dalam semua keadaan, jentera ini juga dipadatkan dengan sistem teknologi terkini seperti sistem Ride-By-Wire, Aprilia Traction Control (ATC), Aprilia Wheelie Control (AWC), Aprilia Launch Control (ALC), Aprilia Quick Shift (AQS), Aprilia  Pit Limiter (APL) dan Aprilia Cruise Control (ACC).

RSV4 Factory turut dilengkapi dengan panel meter TFT, Advance Multimap Cornering ABS yang dibangunkan untuk keselamatan sewaktu menyusuri laluan berselekoh dan pemetaan enjin (Sport, Track, Race) yang menjanjikan prestasi cemerlang di setiap masa. Demi memastikan para pemilik RSV4 Factory sentiasa berpuas hati, ia disempurnakan dengan penggunaan fork hadapan jenis Ohlins NIX 43mm dan penyerap hentak tunggal Ohlins TTX di bahagian belakang. Brek? Tentulah Aprilia memilih Brembo Stylema (M50) bersaiz 330mm di depan dan 220mm di bahagian belakang.

Sememangnya Aprilia RSV4 1100 Factory melambangkan prestasi luar biasa, kejuaraan dan kepantasan maksima. Model ini ditawarkan dalam warna Black Matt beserta corak grafik Atomico 6 yang berharga RM159,900 dengan jaminan dua tahun tanpa had perjalanan. RR

Isu Pada

Ogos 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.