☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Februari 2015

3 Model Baru Dari BMW

Setiap kali pameran motosikal berlangsung, ruang pameran BMW Motorrad antara yang paling mendapat perhatian di Intermot, Germany. Ia menggamit para peminat motosikal bukan sahaja kerana rekabentuk ruang pameran yang canggih dan menarik tetapi lebih utama tentulah model-model baru yang bakal berada di pasaran.

R 1200R
R 1200R


BMW Motorrad menghiasi dunia motosikal tahun ini dengan memperkenalkan tiga model terbarunya iaitu R 1200R, R 1200RS dan S 1000RR. Kehadiran mesin-mesin ini ternyata amat ditunggu-tunggu kerana ia menawarkan tiga jenis tunggangan berbeza mengikut citarasa dan penggunaannya. R 1200R adalah sebuah model jalanan yang mempunyai rekabentuk baru menarik, R 1200RS pula merupakan pilihan yang sesuai buat para pencinta motosikal yang sukakan pengembaraan dan pastinya model sport, S 1000RR menawarkan kekuatan kuasa dan kehebatannya meratah setiap selekoh dalam semua keadaan.

S 1000RR
S 1000RR


R 1200R

Ia adalah antara model paling diminati sejak diperkenalkan lebih kurang 91 tahun lalu menerusi model R 32. Model ini dilengkapi dengan enjin boxer yang menawarkan kuasa bagaikan tanpa batas dan bunyi yang cukup mantap. R 1200R boleh dibawa untuk tunggangan santai, sesuai untuk jalanan berselekoh dan berlari dengan pantas apabila pendikit dikoyak…..inilah pasangan ideal kita!

R 1200R
R 1200R


R 1200R ini dilengkapi dengan enjin 1170cc yang mampu menjanakan kuasa maksimum 125hp pada 7,750rpm dengan tork 125Nm pada 6,500rpm. Sebagai sebuah jentera yang mampu ditunggang ke mana sahaja, ia didatangkan dengan kehebatan sistem elektronik yang menjadikan aktiviti menunggang berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa jenis mod tunggangan iaitu Road dan Rain yang didatangkan bersama sistem keselamatan Automatic Stability Control (ASC) dan sistem ABS.


Dalam mod Road sistem kawalan ditala dengan kecekapan tindak balas enjin yang berprestasi hebat dan keselesaan tinggi untuk semua jenis jalan manakala mod Rain pula, menawarkan tunggangan yang lebih santai, lebih lembut untuk kesesuaian permukaan yang licin. Untuk prestasi tunggangan yang licin dan lancar, BMW telah melengkapkan model ini dengan Gear Shift Assistant Pro yang membantu proses penukaran gear menjadi tepat.


Untuk disesuaikan dengan semua jenis tunggangan, R 1200R dilengkapi dengan kerangka keluli jenis tiub yang bertegaran tinggi manakala Dynamic Electronic Suspension Adjustment (ESA) menjanjikan penyerapan hentakan dengan cemerlang sekali seterusnya memberikan keselesaan optimum dalam setiap perjalanan atau pengembaraan.


Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan ialah lampu utama jenis LED yang bukan sahaja cantik tetapi memberikan pencahayaan cemerlang. Terdapat beberapa pilihan warna iaitu Biru Cordoba, Putih dan Kelabu Thunder.

Ketika diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1976 dengan model R 100RS, ia berjaya menerima permintaan yang cukup hebat. Dengan tibanya model terbaru R 1200RS, BMW Motorrad kini sedang menyambung kembali tradisi lama iaitu sebuah model sport tourer yang mempunyai kualiti tinggi dalam semua segi. Enjinnya kembar jenis boxer, menawarkan hantaran kuasa yang cukup memberangsangkan dalam semua peringkat rpm dan kedudukan gear.


Rekabentuk R 1200RS terutamanya di bahagian hadapan memang cukup anggun dengan dua buah lampu utama yang berlainan bentuk.

Bentuk tangkinya yang direka serba baru memudahkan kita mengepit kemas ketika memecut laju di lebuhraya. Kemantapan model ini juga datangnya daripada kerangka baru yang kukuh, menawarkan pengendalian yang mudah walaupun di dalam kawasan yang terhad.

Seperti R 1200R, model ini dilengkapi dengan ABS, ASC dan dua mod tunggangan sebagai alatan standard. Untuk keselesaan dalam kelajuan tinggi, fairing sisi direka lebih aerodinamik manakala cermin pengadang udara model ini boleh dilaras sepenuhnya. Jentera ini juga dilengkapkan dengan brek hadapan jenis cakera bersaiz 320mm dan belakang (276mm) yang mampu memperlahankan kelajuan dengan pantas dan tepat.

Paparan digital di bahagian panel meternya boleh ditukar dalam tiga jenis yang berbeza, mengikut kehendak penunggang. Gaya 0 (mod sepenuhnya), segala informasi penting dapat dilihat dengan jelas pada dua panel paparan berbeza. Gaya 1 (mod sport), tawarkan paparan lebih ringkas seperti kelajuan putaran enjin menerusi graf jenis bar. Antara paparan asal (standard) ialah jarak perjalanan, trip, suhu luar, suhu enjin, purata penggunaan bahan api, purata kelajuan, tarikh, masa, talaan dan tekanan tayar.

Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Biru Lupin/Kelabu Cerah dan Kelabu Granite/Hitam Storm.

Tiada apa yang boleh dikatakan selain ia adalah sebuah jentera sport yang sempurna. Kehebatan jentera ini bukan sahaja dibuktikan di jalanan biasa tetapi juga dengan kejayaan dan kemenangan yang dicipta oleh para pelumba BMW di seluruh dunia. Kepantasan dan kehebatan model ini menjadi buah mulut setiap pencinta motosikal khususnya dunia sportbike sejak ianya diperkenalkan hinggalah sekarang ini.

Berbanding sebelum ini, S 1000RR baru menawarkan kuasa 6hp yang lebih tinggi iaitu kepada 199hp (model terdahulu hanya 193hp) dan ianya juga kini 4kg lebih ringan. Dari pengiraan ini pun sudah cukup untuk membuktikan bagaimana BMW berjaya mengenal pasti kelemahan jenteranya selama ini walaupun model lama boleh dikira cukup sempurna.

Untuk mendapatkan ketepatan tunggangan dan pengendalian yang mudah, RR baru ini didatangkan dengan kerangka baru yang lebih ringan dan bertegaran tinggi. Terdapat tiga jenis mod tunggangan pada model baru ini iaitu Rain, Sport dan Race. Jika kita memilih mod Pro pula, terdapat dua lagi mod tambahan iaitu Slick dan User. Kesemua mod-mod ini menjanjikan prestasi enjin yang berlainan – sesuai untuk lokasi tunggangan dan tahap pengalaman penunggang itu sendiri.

Model 2015 ini turut dilengkapi dengan versi terbaru Dynamic Damping Control (DDC) berprestasi tinggi dan mirip dengan apa yang dilengkapkan pada model HP4 manakala sistem elektronik Dynamic Traction Control (DTC) tujuh tahap menjanjikan tunggangan yang bukan sahaja mantap tetapi lebih selamat dan meyakinkan. Terdapat tiga pilihan warna untuk model baru ini iaitu Merah Perlumbaan/Putih, Hitam Storm dan BMW Motorsport. RR

Isu Pada

Februari 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).