☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2015

YAMAHA YZF-R25 : Yang Ditunggu Sudah Tiba

Semenjak ianya diperkenalkan di negara jiran pada pertengahan tahun lalu, para peminat motosikal di tanahair sudah tidak sabar lagi untuk melihatnya di pasaran negara. Bagi pengguna laman sosial, gambar-gambar model terbaru Yamaha YZF-R25 yang telah dimuat naik oleh rakan-rakan dan pihak media seberang dengan pantas menjadi viral dan tajuk bualan ribuan peminat motosikal. Keupayaan dan prestasi Yamaha YZF-R25 ini diuji sebaik-baiknya di perlumbaan Yamaha Asean Cup awal tahun ini. Hasil daripada ‘ujian’ itu amat memberangsangkan.

Dari kiri: En. En.Voon Yin Keong, En. C.H Ng & En. Hidenobu Hama melancarkan model terbaru Yamaha YZF-R25.
Dari kiri: En. En.Voon Yin Keong, En. C.H Ng & En. Hidenobu Hama melancarkan model terbaru Yamaha YZF-R25.

Ya…kini, penantian kita di Malaysia telah pun berakhir apabila ia (Yamaha YZF-R25) telah dilancarkan untuk pasaran negara pada 5 Februari lalu. Majlis pengenalan model terbaru ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, En. C.H Ng dan ditemani oleh En. Hidenobu Hama (Pengarah) dan En.Voon Yin Keong (Pengurus Besar).

R25 merupakan sebuah model superbike berkuasa 250cc, dua silinder Diasil, yang menawarkan kuasa setinggi 26.5kW pada 12,000rpm dan tork 22.6 Nm pada 10,000rpm. Sekali imbas, jentera anggun ini mengingatkan kita pada model R6 yang telah mengharumkan nama Yamaha di pelbagai jenis perlumbaan di dalam dan di luar negara. Jentera sport ini menarik minat kita terutamanya menerusi rekabentuk lampu utamanya yang bukan sahaja tampak garang tetapi juga menjanjikan suluhan yang cukup terang, tajam dan lebih fokus.

YZF-R25 ini turut dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api yang menjanjikan respon enjin yang lancar disamping penjimatan bahan api yang optimum. Untuk pengendalian yang pantas dan mudah, model ini dilengkapkan dengan kerangka jenis berlian yang ringan dan bertegaran tinggi. Penyerap hentak tiub berkembar monocross turut menyerap segala hentakan dengan cemerlang sekali. Semestinya gabungan enjin yang mantap dan kualiti pembikinan yang tinggi menjadikan YZF-R25 ini pilihan yang bijak untuk para penunggang di luar sana.

“Pengenalan model YZF-R1 pada tahun 1998 merupakan detik terpenting buat Yamaha kerana ia adalah sebuah jentera yang menawarkan tunggangan yang sangat mengujakan di semua jenis perjalanan, lurus mahu pun berselekoh. Model terbaru YZF-R25 ini merupakan sebuah jentera kesinambungan DNA dan teknologi yang dipadatkan pada siri-R selama ini. Ia memberikan kuasa sebuah jentera sport tetapi pada masa yang sama pengendalian yang mudah untuk tunggangan harian,” jelas En. Ng.

Walaupun masih belum ditetapkan, pihak HLYM menganggarkan harga asas R25 ini berada di dalam lingkungan RM20,000 dengan penyasaran jualan bulanan sebanyak 300 unit untuk tahun ini. Untuk menjamin khidmat lepas jualan dan servis yang mantap, HLYM akan memberikan latihan secara komprensif kepada para pengedar Yamaha di seluruh negara.

Turut diraikan pada malam pelancaran itu ialah majlis pengiktarafan para pelumba muda Yamaha di Asia (The Spirit of Challenge Award) khususnya yang telah berjaya mengharumkan nama Yamaha sepanjang tahun lalu. Seramai tujuh orang pelumba dari pelbagai negara telah menerima anugerah ini termasuklah pelumba Malaysia, Izzat Zaidi yang menaikkan nama Yamaha selepas menjuarai kelas CP115 pada musim lalu. Izzat juga berjaya membuktikan keupayaan dan kemahirannya di peringkat antarabangsa seperti ARRC dan Yamaha Asean Cup. Untuk memantapkan jenama ini di arena perlumbaan, seramai 11 orang pelumba muda dari Indonesia, Malaysia, Thailand, China, Australia dan Korea Selatan bakal menggunakan jentera Yamaha di perlumbaan ARRC kategori 250cc.

Sempena sessi ‘Winter Test’ MotoGP, pihak HLYM turut memberi peluang kepada para wartawan untuk melihat dengan lebih dekat aksi para pelumba MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pada keesokan harinya. Untuk musim 2015, Yamaha Motor dibarisi oleh para pelumba yang sangat berpengalaman dan hebat. Pasukan Yamaha Factory diwakili oleh Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo manakala Pol Espargaro dan Bradley Smith pula terus diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran pasukan Monster Yamaha Tech 3 manakala pasukan Yamaha Forward Racing pula diwakili oleh Stefan Bradl dan Loris Baz.

Para pelumba Asia yang menerima anugerah The Spirit of Challenge Award.
Para pelumba Asia yang menerima anugerah The Spirit of Challenge Award.

Sepanjang tiga hari ujian masa, Lorenzo berjaya mendapatkan catatan masa yang sangat memberangsangkan, manakala ‘The Doctor’ juga tidak kurang hebatnya. Kedua-dua pelumba berpengalaman ini menamatkan cabaran di tempat keempat dan kelima. RR

Isu Pada

Mac 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).