☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 April 2021

Benelli R18i Dilancar – Harga Bermula Dari RM7,999

Pasaran jentera moped di Malaysia semakin meriah dengan pelancaran model terbaru dari MForce Bike Holdings Sdn Bhd iaitu Benelli R18i. Dengan gelaran “In The Blink Of An Eye”, model terbaru ini mampu memberi kepuasan buat penunggang.

Special Edition
Special Edition

Benelli R18i dikuasakan oleh enjin 174cc, silinder tunggal, 4-lejang, SOHC dan sistem penyejuk cecair yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan. Apa yang menarik, model ini mampu menawarkan kuasa setinggi 18hp pada 9,500rpm dan tork 15.1Nm pada 7,000rpm.

Jentera baru ini ternyata tampak lebih bergaya dengan penggunaan saspensi hadapan jenis fork teleskopik terbalik (USD). Untuk pengendalian lebih selesa, R18i menggunakan saspensi belakang adjustable monoshock KYB. Bagi merasakan tindak balas yang cepat dan meningkatkan kuasa, model ini dilengkapi dengan throttle body yang bersaiz 34mm.

Selain itu, turut diperkemaskan pada R18i ini ialah paparan meter LCD rekaan stylish yang memaparkan info-info penting. Antara ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah lampu-lampu LED, sistem suntikan bahan api elektronik, sistem pencucuh TLI, brek-brek jenis cakera, berat 126kg dan tangki bahan api 4.8 liter.

Benelli R18i ditawarkan pada harga bermula RM7,999 (tanpa insurans dan cukai jalan) dengan tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan biru (Special Edition). Pemilik jentera ini akan menikmati waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan alat tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.