Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 April 2021

SYM Jet X & WMOTO Xtreme 150i Dipertontonkan – Harga Bawah RM10,000

Segmen skuter 150cc bakal meriah dengan pengenalan dua model terbaru iaitu SYM Jet X dan WMOTO Xtreme 150i. MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jenama SYM dan WMOTO di Malaysia telah mempertontonkan kedua-dua model baru tersebut di Dorsett Grand Subang Hotel.

SYM Jet X
SYM Jet X

SYM Jet X merupakan model utama untuk siri JET yang didatangkan dengan enjin 149.6cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Skuter ini menawarkan kuasa maksimum 9.2kW pada 8,000rpm dan tork 12Nm pada 6,000rpm serta mematuhi piawaian EURO 4.

Untuk pengendalian yang selesa, jentera ini dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis fork teleskopik manakala belakang pula dipadankan dengan penyerap hentak berkembar boleh laras dengan tiga tahap perbezaan. Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah lampu-lampu LED, paparan meter LCD, soket pengecas USB QC 2.0, ruang bawah pelana 18 liter, isi tangki 7.5 liter, berat 140kg, brek-brek cakera dan sistem kunci pintar.

WMOTO Xtreme 150i
WMOTO Xtreme 150i

WMOTO Xtreme 150i pula hadir dengan DNA Adventure yang dijana enjin 149.3cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair serta mematuhi piawaian Euro 4. Skuter ini digerakkan dengan sistem transmisi jenis CVT dan memiliki kuasa maksimum 9.0kW pada 8,500rpm dan tork 11.8Nm pada 5,000rpm.

Menariknya, model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti sistem ABS dwi-saluran. Xtreme 150i ternyata mampu menyusuri perjalanan sehingga 400 kilometer (kelajuan yang disarankan 80km/j) dengan isian penuh tangki bahan api 11 liter. Ciri-ciri moden yang ada pada model ini seperti, lampu-lampu LED, fork USD, sistem Stop & Start, paparan meter LCD, ruang bawah pelana 13 liter serta soket pengecas USB dan outlet 12V.

Menurut pihak MForce, kedua-dua model skuter ini dijangka akan berada di pasaran negara antara bulan Mei hingga Jun 2021 dan boleh didapati pada harga sekitar RM8,000 hingga RM10,000. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.