☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Julai 2021

MForce Perkenalkan WMOTO Xtreme 150i - Harga Asas Bermula RM9,588

Walaupun negara masih dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengambil langkah untuk mengaktifkan semula pasaran motosikal di negara ini dengan memperkenalkan sebuah model skuter terbaru mereka iaitu WMOTO Extreme 150i. Model ini tampil dengan berkonsepkan "EXTREME" yang memiliki rekabentuk lasak serta daya tahan yang tinggi.

Menurut pihak MForce, WMOTO Extreme 150i turut diberi penarafan lima bintang sebagai motosikal paling selamat yang dilengkapi dengan sistem brek Anti-Lock Braking System (ABS). Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP).

Skuter ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal, 4 lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair serta mematuhi piawaian Euro 4. Enjin bersesaran 149.3cc ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 12.1hp pada 8,500rpm dan tork 11.8Nm pada 5,000rpm. Dari segi pencahayaan, WMOTO Extreme 150i dilengkapi dengan lampu-lampu jenis LED dan lampu utamanya turut dipadankan dengan lampu DRL.

Tangki bahan api seluas 11 liter mampu menggerakkan jentera ini sejuah 400 kilometer dengan pelbagai jenis permukaan jalan serta gaya tunggangan. WMOTO Extreme 150i juga disempurnakan dengan sistem Start-Stop untuk penjimatan bahan api.

Ruang simpanan bawah pelana cukup luas dan turut terdapat dua tempat pengecas seperti USB dan soket berkuasa 12V. Cermin penghadang angin yang dipadankan pada jentera ini bertujuan kemudahan dan keselesaan buat penunggang. Ianya boleh dilaras mengikut ketinggian serta kesesuaian buat penunggang tanpa menggunakan peralatan khas.

Antara ciri-ciri lain yang pada model ini ialah brek-brek jenis cakera, paparan meter LCD, sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), berat 143kg, fork hadapan jenis terbalik dan saspensi belakang monoshock boleh laras.

WMOTO Extreme 150i boleh dimiliki pada harga asas bermula RM9,588 dengan dua pilihan warna iaitu Merah dan Kelabu. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah MForce sebaik sahaja dibenarkan beroperasi.

Para pemilik jentera ini juga akan menikmati waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).