Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Ogos 2021

Suzuki Malaysia Kembali Dengan Enam Model Terbaru dan Rangkaian Pengedar Lengkap

Selepas sekian lama, Suzuki Malaysia kini telah kembali ke persada permotoran di tanahair dengan menampilkan enam buah jentera serba baru serta mengumumkan penjenamaan semula kedudukan Suzuki di pasaran tempatan dengan mewujudkan rangkaian lebih daripada 70 buah pengedar berpengalaman di seluruh negara.

Dengan peralihan peranan Suzuki Assemblers Malaysia, kini Suzuki Malaysia Sdn Bhd adalah satu-satunya pengimport, pengedar dan pemasang eksklusif untuk Suzuki Motorcycles, ATV, Alat Ganti dan Aksesori di Malaysia.

Syarikat ini dipelopori oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan iaitu En. Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya dan diketua oleh Dato' Jeffrey Lim (Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd) diperkuatkan dengan 'team' pengurusan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 33 tahun dalam industri motosikal.

Bersempena dengan era serba baru, Suzuki Malaysia telah melancarkan model-model mantap seperti GSX-R1000 dan GSX -R1000R Supersport, model ikonik Katana, GSX-S 750, jentera kembara V-STROM 650XT dan model jalanan yang kompak iaitu SV650.

GSX-R1000 (RM99,289) & GSX-R1000R (RM110,289)

Model supersport ini memiliki prestasi yang mengagumkan dan kini didatangkan dengan enjin lebih ringan, kompak dan berkuasa. Kelincahan jentera ini hadir menerusi kerangka aluminium spar-kembar dan sistem saspensi yang mantap.

Enjin: 998.8 cc, empat silinder sebaris, sistem sejukan cecair
Kuasa maksimum: 199hp pada 13,200 rpm
Tork maksimum: 117 Nm pada 10,800 rpm
Sistem elektronik: Suzuki Drive Mode Selector (SDMS – mod tunggangan), Suzuki Racing Variable Valve Timing System (SR-VVT) Suzuki Bi-Directional Quick Shift System, Suzuki Exhaust Tuning (SET), Suzuki Traction Control, Suzuki Clutch Assist System serta sistem Suzuki Launch Control dan Motion Track Brake System yang dikhaskan buat model GSX-R1000R.

KATANA (RM77,989)

Jentera ikonik yang mendapat riaksi sensasi ketika ia mula diperkenalkan. Katana moden ini menyambung legasi model lama dengan menawarkan rekabentuk menarik serta kecemerlangan dalam prestasi. Ia adalah seni pembinaan motosikal ulung.

Enjin: 999 cc, empat silinder sebaris, sistem sejukan cecair
Kuasa maksimum: 147hp pada10,000 rpm
Tork maksimum: 108Nm pada 9,500 rpm
Sistem elektronik: Clutch Assist System (SCAS), sistem Traction Control dan sistem ABS.

Suzuki GSX-S750 (RM40,989)

Model jalanan ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Metallic Triton Blue / Glass Sparkle Black dan Metallic Oort Gray / Glass Sparkle Black. GSX-S750 digemari kerana memiliki gaya agresif yang direka berilhamkan pengalaman dalam perlumbaan jentera MotoGP.

Enjin: 749cc, empat silinder sebaris, sistem sejukan cecair
Kuasa maksimum: 114 hp pada 10,500 rpm
Tork maksimum: 80.4 Nm @ 9,000 rpm
Sistem elektronik: Suzuki Advanced Traction Control, Suzuki Dual Throttle Valve (SDTV) dan sistem ABS.

V-STROM 650XT (RM37,989)

Melihat pada jentera ini sudah pasti mengenangkan kita pada jentera kembara lagenda dari Suzuki iaitu Dr-Big Rally yang tahan lasak, versatil, praktikal dan gagah untuk sebarang jenis tunggangan. Model baru ini seberat 216kg dan memiliki tahap pengendalian yang cukup mudah. Model kembara ini boleh dimiliki dengan dua warna pilihan iaitu Candy Daring Red / Glass Sparkle Black dan Champion Yellow.

Enjin: 645cc, v-kembar, sistem sejukan cecair
Kuasa maksimum: 66hp pada 8,800rpm
Tork maksimum: 60.3Nm pada 6,400 rpm
Sistem elektronik: Suzuki Advanced Traction Control, Easy Start System, Low RPM Assist dan sistem ABS.

SV650 (RM37,289)

Jentera yang dirasakan cukup seuai untuk semua jenis penunggang. Ia ringan, mudah dikendalikan dan cukup tahan lasak. Ketegaran jentera ini adalah kerana ia dilengkapkan dengan kerangka gaya-trellis manakala sistem ekzos juga lebih kemaskini agar agar sudut miringan lebih ringan. Ia hadir dalam warna Pearl Brilliant White / Glass Sparkle Black

Enjin: 645 cc, v-kembar, sistem sejukan cecair
Kuasa: 76hp pada 8,500rpm
Tork maksimum: 64Nm pada 8,100rpm.
Sistem elektronik: Low RPM Assist dan sistem ABS.

Keenam-enam model baru kini dipamerkan di pusat pengedar sah iaitu Suzuki Big Bike World dan Suzuki Station Plus di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.suzuki.com.my or email to http://[email protected]. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2025

Triumph Speed Triple RX tawarkan prestasi 'Sang Juara'

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

CFMOTO 250NK Lite - Harga Marhaen RM9,888

SYM ADXTG 400 Sudah Mendarat di Malaysia - RM29,888

QJMOTOR AX200S Panaskan Lagi Pasaran Segmen Skuter - RM7,988

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

Joan Mir melengkapkan 64 pusingan sepanjang hari dan pelumba bernombor #36 itu dapat mencuba lengan ayun baru yang dinilai oleh 'Pasukan Ujian Honda HRC' serta beberapa pilihan persediaan untuk meningkatkan prestasi.

Warta Roda

QJMOTOR SRK 250 RD - Bakal Pesaing Baru Segmen Sportbike 250cc Enjin 4 Silinder di Malaysia?

QJMOTOR SRK 250 RD bakal pesaing baru segmen sportbike 250cc dengan enjin empat silinder di Malaysia?

Warta Roda

Boon Siew Honda Komited Terhadap Tanggungjawab Kebersihan Alam Sekitar

Boon Siew Honda telah menganjurkan program Honda Ride to Reach yang berlangsung di R&R Bagan Ajam

Model Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

Harley-Davisdon Fat Boy Gray Ghost 2025 dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada legasi Fat Boy yang mendefinisikan jiwa dan era peminat dunia motosikal. Model baru ini mewarisi gaya asli 1990 yang telah mendapat perhatian dunia suatu ketika dulu.