☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Ogos 2021

BMW M 1000 RR & BMW S 1000 R - Sudah Berada Di Pasaran Negara

BMW Motorrad Malaysia telah mengembangkan segmen superbike dengan memperkenalkan jentera-jentera terbaru mereka iaitu BMW M 1000 RR dan BMW S 1000 R.

BMW M 1000 RR dibina berasakan dengan model S 1000 RR dengan ciri-ciri teknologi perlumbaan untuk kegunaan di dalam litar ataupun jalan raya. Sebagai model M yang pertama, model ini merupakan sebuah superbike yang paling berkuasa pernah dihasilkan BMW. Saspensinya telah menerima talaan baru yang aerodinamik untuk prestasi di dalam litar.

Model ini dijana dengan enjin 4 silinder sebaris, 999cc, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair. Jentera yang dilengkapi dengan teknologi BMW ShiftCam serta transmisi 6 kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa 156kW (212hp) pada 14,500rpm dan tork 113Nm pada 11,000rpm. Sistem ekzosnya pula lebih ringan diperbuat daripada titanium termasuk perendam bunyi di hadapan dan belakang.

Menerusi bahagian hadapan jentera, terdapat Winglet gentian karbon dan cermin penghadang angin yang tinggi membolehkan model ini dipecut dengan pantas dan stabil tanpa sebarang masalah. Menurut pihak BMW Motorrad, model M ini mampu memecut sehingga 306 km/j.

Sebagai model yang berprestasi tinggi, M 1000 RR dilengkapi dengan beberapa ciri menarik antaranya mod tunggangan (Rain, Dynamic, Race dan Race Pro 1-3). Sistem kawalan elektronik pula adalah Dynamic Traction Control (DTC), fungsi 'Wheelie' DTC, Shift Assistant Pro, Launch Control, Pit-Lane Limiter dan Hill Start Control Pro.

Model baru ini disempurnakan dengan paparan meter TFT 6.5 inci, serta antaramuka OBD yang boleh digunakan dengan kod pengaktifan untuk memproses data M GPS dan Laptrigger. Kelengkapan standard bagi jentera ini seperti brek M pertama kali yang diperkenalkan oleh BMW Motorrad, roda karbon M, bateri M serba ringan, soket pengecas USB di belakang dan sistem pengera anti kecurian.

BMW M 1000 RR hadir dengan gabungan warna Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red (BMW Motorrad Motorsport bagi M Package) yang ditawarkan pada harga RM249,500.

Style Sport
Style Sport

BMW S 1000 R pula merupakan jentera superbike ikonik yang menawarkan kelengkapan serba baru. Model ini didatangkan dalam dua varian iaitu Style Sport dan BMW M Package.

Varian Style Sport dijual pada harga RM104,500 dengan pilihan warna yang menarik iaitu Silver Metallic. Manakala varian BMW M Package disempurnakan dengan gabungan warna Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red (BMW Motorrad Motorsport bagi M Package) yang boleh didapati pada harga RM119,500. Kedua-dua varian ini tampil dengan lampu hadapan dan lampu brek jenis LED, beserta dengan Headlight Pro dan lampu siang (DRL)

BMW M Package
BMW M Package

BMW S 1000 R dikuasakan oleh enjin 4 silinder sebaris, 4 lejang dan sistem penyejuk cecair. Enjin bersesaran 999cc ini menghembuskan kuasa maksimum 152kW (207hp) pada 13,500rpm dan tork 113Nm pada 11,000rpm. Model ini juga turut disempurnakan dengan teknologi BMW ShiftCam serta penggunaan bahan api 6.4 liter bagi setiap perjalanan 100 kilometer.

Kedua-dua varian disempurnakan dengan empat mod tunggangan sebagai standard iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race. Manakala sistem kawalan elektronik seperti Dynamic Traction Contor (DTC), ABS Pro, BMW Motorrad Integral ABS, Dynamic Engine Brake Control, Dynamic Damping Control, Cruise Control dan HP Shift Assistant Pro.

BMW S 1000 R turut didatangkan dengan fungsi Keyless, soket pengecas USB, pakej penumpang (Passenger Package) dan pemanas pendikit.

Khas buat varian BMW M Package, model ini menampilkan BMW M Endurance Chain secara eksklusif yang bebas penyelengaraan dan mampu bertahan lama. Model khas ini juga dilengkapkan dengan aksesori eksklusif seperti pelana M Sport, bateri M serba ringan, perendam bunyi sport dan M GPS Laptrigger.

Kesemua harga adalah atas jalan, tanpa insurans, dengan waranti selama tiga tahun oleh BMW Motorrad Malaysia. Model-model tersebut berada di semua pusat pengedar sah BMW Motorrad seluruh negara bermula 27hb Ogos 2021. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.