☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 September 2021

MODENAS Perkenal Warna Baru Pulsar NS200 ABS

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan tiga warna dan reka bentuk grafik baru Modenas Pulsar NS200. Ketiga-tiga warna tersebut adalah Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey. Menurut pihak Modenas, model Street Bike ini telah terjual lebih daripada 8,000 unit di seluruh negara sejak ianya dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu.

Modenas Pulsar NS200 didatangkan enjin 200cc DTS-i, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 18kW (24.5PS) pada 9,750rpm dan tork 18.6Nm pada 8,000rpm. Model ini juga turut disempurnakan dengan ciri keselamatan tambahan iaitu sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Dengan penggunaan bahan api yang sempurna, model ini menawarkan perjalanan yang lancar serta mampu beri kepuasan buat penunggang dengan pelbagai ciri-ciri yang ditawarkan.

Untuk tunggangan yang mantap dan selesa, Pulsar NS200 dilengkapi saspensi hadapan jenis fork teleskopik dengan “bush” anti geseran dan saspensi belakang jenis gas Nitrox. Antara kelengkapan lain yang ada seperti tangki bahan api 12 liter, berat 158kg, brek cakera 300mm (depan) dan 230mm (belakang).

Modenas Pulsar NS200 dijual pada harga RM9,655 (tanpa insuran & cukai jalan), harganya masih sama dengan model terdahulu. Jentera ini berada di semua pengedar sah MODENAS pada bulan Oktober 2021. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.