☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 November 2021

Model Yang Ditunggu-tunggu, Honda RS-X Dilancarkan

Untuk terus berdaya saing, Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah memperkenalkan model terbaru iaitu Honda RS-X. Pengenalan jentera baru ini sudah pasti bakal menggegarkan lagi pasaran segmen super moped di tanah air.

Berbeza dengan model RS150R, Honda RS-X menampilkan rekabentuk cukup mantap dengan sentuhan Super Sport yang memberikan sebuah gabungan sempurna, sporty, aerodinamik, prestasi unggul serta ciri-ciri terkini.

Honda RS-X didatangkan dengan enjin 150cc, silinder tunggal, DOHC, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair. Model ini menawarkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm. Selain dilengkapi kotak gear 6-kelajuan, RS-X disempurnakan dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI untuk penjimatan bahan api dan mengurangkan pencemaran.

Bahagian hadapannya memang menarik sekali. Ia dilengkapi dengan sepasang dwi-lampu LED yang bukan sahaja agresif, malah meningkatkan daya penglihatan lebih jelas buat penunggang. Bahagian belakang pula digabungkan dengan rekaan lampu belakang lebih Slim dan menawan. Manakala panel meter LCDnya moden, baru serta jelas dengan memaparkan maklumat penting.

Sebagai ciri keselamatan, model ini disempurnakan dengan penggunaan brek-brek jenis cakera. Pengalaman menunggang akan lebih meyakinkan dengan adanya teknologi terkini seperti sistem ABS 1 saluran. Antara kelengkapan lain yang terdapat pada RS-X ini adalah saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak tunggal, pembuka tempat duduk Honda, Sealed Chain, tinggi pelana 795mm, berat 122kg dan isi tangki bahan api 4.5 liter.

Honda RS-X ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM8,688 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Model ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Artikel berkaitan

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.