☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 November 2026

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

Selepas kita diperkenalkan dengan RW700, Yamaha melancarkan pula model 'adiknya' iaitu RW350 yang dirasakan akan mendapat perminfaan yang tinggi di Malaysia.

Model ini hadir dengan rekabentuk adventure moden serta membawa pendekatan kejuruteraan tersendiri menerusi teknologi Yamaha Dynamic Ride. Enjin dipasang pada bahagian kerangka yang menjanjikan kestabilan tinggi.

Enjinnya bersesaran 327cc, silinder tunggal, SOHC yang berkuasa 28hp dan tork 31.5Nm. RW350 turut dilengkapkan dengan fork hadapan USD 37mm, penyerap hentak berkembar di belakang.

Antara ciri-ciri menarik ialah panel meter TFT 5 inci, Traction Control, Yamaha Y-Connect, Mod Tunggangan (Street, Explore serta Eco), Emergency Stop Signal (ESS), Sistem Navigasi dan lain-lain.

Posisi menunggang memang natural, selesa dan terdapat dua tempat pemijak untuk penunggang, depan (santai) dan tengah (off road). Model ini juga didatangkan dengan lampu isyarat 'Auto Canceling'.

Tangkinya bersaiz 13 liter manakala pelana RW350 ini hanya setinggi 810mm, sesuai untuk semua jenis penunggang. Ruang barang bawah seat juga luas, muat untuk kita simpan helmet.

Sekarang ni kita perlu tunggu bilakah model ini akan berada di pasaran negara dan berapa pula harganya? Apa cadangan kawan-kawan semua? RM35,000? RM36,000? RR


 

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.