☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 November 2021

Benelli TRK800 2022 Diperkenalkan di EICMA 2021

Bersempena sambutan Ulang Tahun ke-110, Benelli telah melancarkan sebuah lagi model kembara iaitu TRK 800 di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA baru-baru ini. Kehadirannya sudah pasti memberi impak besar dalam segmen ini selepas kejayaan mereka bersama model TRK502.

TRK800 disempurnakan dengan enjin 754cc, kembar parallet, sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa maksimum 76.2hp pada 8,500rpm dan tork 67Nm pada 6,500rpm. Untuk prestasi yang cemerlang di pelbagai jenis laluan, Benelli baru ini turut didatangkan dengan lampu kembar LED beserta sistem Daytime Running Light (DRL), sistem Assist/Slipper Clutch, pakej brek cakera Brembo 320cc (depan) dan 260mm (belakang).

Ketegapan TRK800 untuk menyusuri lalun-laluan sukar disumbang oleh kerangka jenis trellis yang dibina dari keluli bertegaran tinggi. Pelananya setinggi 834mm, lebih 34mm berbanding TRK502. Posisi menunggang yang natural dan tegak membolehkan para pemiliknya dapat mengembara ribuan kilometer dengan selesa.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Benelli TRK800:

- lampu isyarat LED
- fork hadapan Marzocchi boleh laras
- panel meter TFT 7 inci
- lengan ayun aluminium
- 22 liter tangki bahan api

Menurut pihak Mforce Bike Holding Sdn Bhd, model ini dijangkakan bakal memasuki pasaran negara sekitar suku ketiga tahun hadapan. Sama-sama kita tunggu kehadiran model padu ini. RR

Kredit Foto: EICMA
 


 

Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.