☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Februari 2022

Triumph Perkenalkan Prototaip Jentera Elektrik TE-1

Triumph Motorcycles dengan bangganya melancarkan jentera elektrik prototaip yang diberi nama TE-1. Ia adalah projek pertama Triumph untuk melangkah di dunia kenderaan elektrik yang mendapat kerjasama dari beberapa syarikat lain seperti Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain Ltd, dan WMG di Universiti Warwick yang dibiaya oleh Zero Emission melalui Innovate UK.

Objektif keseluruhan projek TE-1 telah tertumpu pada pembangunan keupayaan motosikal elektrik, khususnya untuk memberikan input maklumat buat Triumph khususnya untuk memacu inovasi, keupayaan, harta intelek baharu, meningkatkan kredibiliti dan profil industri dan rekacipta British.

Dengan siapnya Fasa 3 ini, projek TE-1 kini telah mencapai tahap terakhir iaitu penyempurnaan unit prototaip yang terdiri daripada casis, termasuk kerangka, sub-kerangka belakang, panel meter, rim, sistem pacuan akhir jenis tali sawat Gates Carbon, sistem transmisi, elektronik, fork Ohlins jenis USD, unit Ohlins RSU prototaip, sistem brek Brembo M50 dan kawalan perisian Triumph.

Selepas ini siapnya unit prototaip ini, projek terbaru ini akan memasuki Fasa 4 iaitu yang terakhir. Dalam tempoh enam bulan akan datang , unit prototaip akan dilakukan program ujian langsung menggunakan kemudahan canggih Triumph yang merangkumi:

1) Ujian Pergerakan Jalan – penilaian fungsi teras untuk merangkumi:

  • Pengawalan pendikit
  • Prestasi pemetaan Kuasa Utama (Powertrain)
  • Nilai kuasa maksimum dan tork maksimum
  • Julat kuasa penggunaan bateri
  • Pembangunan Mod Tunggangan
  • Pengesahan fungsi perisian
  • Pengoptimuman terma

2) Ujian di Litar – merangkumi penilaian penunggang dinamik:

  • Pengendalian
  • Tahap Pecutan
  • Kemantapan dan keberkesanan brek
  • Sistem traction control
  • Sistem Front Wheel Lift Control

Triumph menyasarkan semua ujian ini dapat diselesaikan pada musim panas 2022 ini. Ini termasuklah rekaan luaran sepenuhnya, skima warna, demonstrasi di litar termasuklah pengilibatan pihak media. RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).