☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Februari 2022

Boon Siew Honda Perkenalkan Honda EX5 2022 Edisi Ulang Tahun ke-35 - Terhad 2,000 Unit

Honda EX5 telah diperkenalkan buat pertama kali di pasaran pada tahun 1987. Dengan daya ketahanan dan prestasi yang selama ini terbukti, Honda EX5 telah menjadi sebahagian mobiliti, kebanggaan dan pengangkutan selama bertahun-tahun serta sudah terjual lebih 2 juta unit di negara ini.

Untuk meraikan pencapaian bersejarah dan memperingati ulang tahun ke-35, Boon Siew Honda telah memperkenalkan sebuah jentera edisi terhad iaitu Honda EX5 2022 yang tampil secara eksklusif dengan tayar versi spoke (warna emas) dan warna Extravagant Gold Metallic. Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 2,000 unit sahaja.

Honda EX5 Edisi Terhad disempurnakan dengan enjin 110cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Enjinnya menawarkan kuasa maksimum 6.37kW pada 7,500rpm dan tork 8.62Nm pada 5,500rpm. Bagi menjamin tahap kecekapan pembakaran enjin yang optimum dan memastikan pelepasan karbon yang rendah, jentera ini dilengkapi dengan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi).

Manakala ciri-ciri lain yang terdapat pada Honda EX5 2022 ini seperti tangki bahan api 4.3 liter, brek-brek jenis drum, saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakang, tinggi pelana 747mm dan berat tanpa muatan 97kg. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM5,198 (tanpa pendaftaran, cukai jalan & insurans) beserta waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.