☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Mac 2022

Skuter WMOTO ES250i Diperkenalkan - Tawar Karaktor Lincah & Menawan

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan skuter terbaru iaitu WMoto ES250i yang menawarkan rekabentuk cukup menarik, anggun serta prestasi enjin yang mengagumkan.

Model baru ini dilengkapkan dengan enjin 4 lejang, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal, 244cc yang berkuasa 21hp pada 8,500rpm dan tork 21Nm pada 6,500rpm. Ia hadir dengan sistem kunci pintar, ‘alarm key finding’ yang membolehkan kita mengenal pasti kedudukan skuter kita di tempat parkir yang padat, sistem suntikan bahan api, soket USB dan panel meter digital dengan paparan cukup jelas.

Rekabentuk luarannya cukup kemas dan moden. Lampu depan, lampu isyarat dan lampu belakang jenis LED beserta DRL yang cantik. Posisi menunggangnya yang tegak dan natural membantu kita menikmati pelbagai jenis jalanan dengan selesa. Ruang simpanan bersaiz 19 liter boleh memuatkan barang-barang bersaiz sederhana – sesuai untuk mereka yang bekerjaya mahupun masih menuntut.

Untuk mengawal pergerakannya, WMoto ES250i dilengkapkan dengan brek-brek cakera 240mm berjenama J.Juan dan sistem ABS serta sistem penyerap hentak teleskopik (depan) dan penyerap hentak berspring di belakang. Dengan isian penuh tangki bahan api yang sebesar 12 liter, WMoto ini dinyatakan mampu ditunggang sejauh 280 kilometer. Mantap!

“Skuter baru ini memang cantik, mantap dan kompetitif. Dengan konsep Economic Scooter atau ES, jentera automatic ini memang diminati setiap golongan pencinta motosikal tidak kira tua atau muda,” kata Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad.

ES250i ditawarkan pada harga RM13,888 dalam tiga warna menarik iaitu Fiery Red, Midnight Blue dan Slate Grey. Setiap pembelian akan menerima waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.