☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Mei 2022

MotoPlex Petaling Jaya Dibuka Secara Rasmi – Himpun Jenama Piaggio, Vespa, Aprilia & Moto Guzzi

Piaggio Group dengan bangganya telah mengumumkan pembukaan MotoPlex Petaling Jaya yang merupakan bilik pameran pertama yang menawarkan empat jenama premium di bawah satu kumpulan iaitu Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi. Bilik pameran ini disifatkan sebagai kedai berkonsepkan dinamik yang membawakan rangkaian produk komprehensif, pusat khidmat pelanggan dan merupakan destinasi utama bagi para peminat jentera dua roda.

MotoPlex PJ diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi yang dilantik oleh Didi Gorup, pengedar jenama Piaggio, Vespa, Aprilia & Moto Guzzi di Malaysia. MotoPlex PJ mempunyai keluasan 540 meter persegi yang dibahagikan kepada dua iaitu bilik pameran (285 meter persegi) dan pusat servis (255 meter persegi). Pusat servis ini dilengkapi dengan kelengkapan alat diagnostik yang terkini serta dikendalikan oleh juruteknik dan mekanik motosikal terlatih untuk menawarkan khidmat dan alat ganti berkualiti.

Kedai ini merupakan tempat paling inovatif buat industri dua roda. Ia membolehkan pengimport dan pengedar memanfaatkan jenama serta produk mereka di bawah satu cawangan. Para pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan, aksesori, alat ganti serta barangan gaya hidup dari empat jenama tersebut.

MotoPlex Petaling Jaya beralamat di Unit B-09-28 Tower B, Pacific Towers, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Ia dibuka setiap hari pada jam 10AM-7PM. RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.