☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Mei 2022

Honda Eropah Lancarkan CRF450R, CRF450R 50th Anniversary & CRF450RX

Honda telah menampilkan siri terbaru jentera motocross iaitu CRF450R, CRF450 50th Anniversary & CRF450RX yang telah diberi pelbagai penambahbaikan untuk tunggangan yang lebih tangkas, pantas dan mudah. Ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh barisan model baru ini adalah berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh para pelumba profesional mereka yang cemerlang dalam saingan FIM World MXGP, AMA Supercross dan Pro Motocross.

Model baru ini menawarkan pot kemasukan lebih sempit, corong udara lebih panjang, badan pendikit berdiameter lebih kecil (44mm), cam timing baru untuk peningkatan kuasa tork 10% dan sistem penyenyap aluminium yang lebih berdaya tahan.

Untuk mengawal peningkatan kuasa, Honda telah memantapkan rekaan bahagian kerangka termasuk sistem redaman dan penyerapan hentakan. Ini bagi memastikan CRF450R baru ini lebih mudah dikawal dalam apa jua keadaan dan kelajuan.

Logo HRC ikonik juga telah direka semula bagi menggambarkan perkembangan aktiviti HRC dalam sukan perlumbaan automobil. Varian CRF450R Anniversary memberi penghormatan buat jentera-jentera CR yang mengungguli perlumbaan pada era 1980an. Antaranya ialah pelana berwarna biru, papan nombor perlumbaan, bar hendal/rim berwarna emas dan pelindung radiator baru.

Versi CRF450RX pula lebih sesuai untuk mereka yang ingin mengembara dengan tangki plastik bersaiz 18 liter, ECU dengan talaan khas, tongkat sisi aluminium bertempa dan pelindung tangan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.