Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Julai 2022

Ducati Malaysia Lancarkan Panigale V4 & V4S

Ducati Malaysia terus mengukuhkan barisan jenteranya dengan menampilkan dua buah model yang cukup bertenaga iaitu Ducati Panigale V4 dan V4S.Ducati V4 dan V4S juga melambangkan pengalaman meluas syarikat dari Itali ini dalam menghasilkan sebuah jentera yang memiliki teknologi terus dari dunia perlumbaan.

Penambahbaikan pada model baru 2022 ini merangkumi semua bahagian termasuklah aerodinamik, ergonomik, prestasi enjin, casis dan sistem elektronik. Panigale ini dicipta dengan formula peningkatan prestasi dan tahap penggunaannya.

Kedua-dua model V4 dab V4S masih kekal dengan enjin 1,103 Desmosedici Stradale dari MotoGP tetapi telah melalui beberapa siri kemas kini, hasil daripada beberapa elemen teknikal terkini yang meningkatkan tenaga hantara kuasa dengan tindak balas pendikit yang lebih pantas.

Kuasa maksimum kini setinggi215.5 hp pada 13,000 rpm, peningkatan kuasa sebanyak 1.5 hp berbanding kepada versi sebelumnya, yang meningkat kepada 2.5 hp melebihi tahap kemuncak kuasa maksimum pada 14,500 rpm. Enjin model baru ini memiliki tork 123.6 Nm (12.6 kgm) pada 9,500 rpm dan menawarkan tenaga 80% daripada tork maksimum dari putaran enjin serendah 6,000 rpm.

Panigale V4 dan V4S ini didatangkan dengan Power Mod empat enjin konfigurasi iaitu Full, High, Medium dan Low. Untuk mod Full dan Low, kedua-duanya adalah talaan yang baru sahaja dibangunkan manakala mod High dan Medium kekal seperti model sebelum ini.

Mod Full yang baru ini merupakan talaan paling tinggi/berkuasa yang pernah dilengkapkan pada Panigale V4 dan V4S. Hantaran kuasanya (mod Full) cukup padu dengan memberi tumpuan untuk tenaga pecutan yang mengagumkan.

Paparan meter pada Panigale V4 dan V4S 2022 jenis TFT juga telah melalui pelbagai pengubahsuaian yang kini lebih mirip dengan jentera SBK. Mod baru iaitu 'Track Evo' telah dibangunkan berdasarkan pandangan serta cadangan para pelumba MotoGP.

Dari segi estetik dan ergonomik jentera ini juga telah mendapat penambahbaikan. Rekacorak grafik diilhamkan oleh Ducati Centro Stile yang terdiri daripada aplikasi logo berwarna hitam pada merah bahagian fairing, tag berwarna merah unik pada rim hitam (V4S sahaja), dan pelana fabrik berganda dua tona (V4S).

Antara yang menarik pada Ducati Panigale V4 dan V4S:

  • Peningkatan kuasa kepada 215.5hp pada 13,000rpm
  • Power Mod baru: Full, High, Medium, Low
  • Mod paparan terbaru 'Track Evo'
  • Fork hadapan elektronik baru Öhlins NPX 25/30 (Panigale V4S)
  • Rim aluminium bertempa 3-jejari (Panigale V4S)
  • Brek cakera Brembo Stylema
  • Tayar-tayar Pirelli DiabloTM Supercorsa SP
  • Panigale V4 dan Panigale V4S masing-masing ditawarkan pada harga RM145,900 dan RM188,900. RR
Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.