☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Ogos 2022

WMOTO RT3S Dilancarkan - Hadir Dengan Paparan Meter TFT

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan sebuah skuter yang dinaik taraf iaitu WMOTO RT3S ke dalam pasaran negara. Antara ciri utama yang dinaik tarat itu adalah paparan meter jenis TFT. Jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM 17,888 (tanpa insurans & cukai jalan) dengan tiga pilihan warna iaitu Union Red, Youth Grey dan Justice Blue.

Paparan TFT pada jentera ini dilengkapi dengan tiga jenis User Interface (UI). Setiap jenis UI itu juga mempunyai mod cahaya dan mod malam yang cukup jelas. Mod-mod ini juga boleh ditukar mengikut keadaan cuaca persekitaran. Selain itu, RT3S turut disempurnakan dengan sistem pemantauan tekanan angin (TPMS) agar memudahkan penunggang melihat dan peka tentang tekanan angin dalam tayar jentera.

Meter TFT ini juga turut memaparkan simbol spanar sebagai peringatan servis kepada para penunggang bila tiba masanya.

Dari segi enjinya, RT3S dijana dengan enjin bersesaran 247cc, silinder tunggal, DOHC serta sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 23hp pada 8,000rpm dan nilai tork 22.5Nm pada 6,500rpm.

Sama seperti model terdahulu iaitu RT3, WMOTO RT3S juga menggunakan sistem Smart Key. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan dari segi menghidupkan, mematikan enjin, membuka pelana dan membuka tempat mengisi bahan api.

Skuter ini menggunakan sistem ABS jenis Bosch yang berkualiti tinggi pada brek di bahagian hadapan dan belakang agar meningkatkan lagi sistem keselamatan pada jentera tersebut. Oleh itu, RT3S telah diiktiraf sebanyak lima bintang sebagai motosikal paling selamat menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP). RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).