☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 September 2022

Astra Honda Memperkenalkan Honda CBR250RR Baru!

Indonesia: PT Astra Honda Motor (AHM) dengan rasminya memperkenalkan CBR250RR serba baru yang kini hadir dengan beberapa perubahan seperti hantaran kuasa dan saspensi hadapan baru iaitu SFF-Big Piston.

Dari segi penampilannya, Honda New CBR250RR telah diberikan perubahan khususnya dari segi rekabentuk yang diberi nama 'Aggressive Shape'. Menerusi rekabentuk baru ini, jentera Honda ini mempunyai dimensi yang lebih lebar.

Dengan menggunakan tema 'Speedy Shape', beberapa sudut di bahagian badan jentera ini memiliki bentuk atau potongan yang tajam – ia memberikan karaktor yang agresif seperti mana yang dimiliki oleh jentera-jentera perlumbaan.

Selain itu, enjin yang digunakan pada varian CBR250RR SP dan CBR250RR SP-QS telah dipertingkatkan khususnya dari segi kuasa tertinggi. Model CBR250RR SP-QS didatangkan dengan sistem Slipper Clucth dan Quick Shifter.

Enjin jentera CBR250RR baru bersesaran 249.7cc berupaya menawarkan kuasa maksimum 42 PS pada 13,000 rpm (varian SP dan SP QS), manakala model standard masih kekal iaitu 41 PS pada 13,000 rpm.

Untuk pasaran di Indonesia, Honda New CBR250RR dijual dalam tiga pilihan varian pada harga yang bermula RP62,000,000 atau sekitar RM19,000. RR

sumber & foto: https://www.gridoto.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).