☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 November 2015

YAMAHA XV950R BOLT : Mesin Bobber Ranggi!

Selepas pelancaran model R25 & Y15ZR, kini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semakin mengembangkan sayap mereka untuk tahun ini dengan memperkenalkan sebuah model terbaru iaitu XV950R Bolt. Kehadiran Bolt pastinya mewarnai lagi segmen jentera cruiser dan majlis pelancaran Bolt telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor yang ditemani oleh Pengurus Besar, En. Voon Yin Kong dan Pengurus Kanan Perniagaan Mesin Berkuasa Tinggi, En. G.S Tan dan En. Hidenobu Hama, Pengarah.

“Pelancaran model ini telah melengkapkan barisan produk-produk jentera berkuasa tinggi selepas keluarga XJ6, MT07 dan MT09. Ia merupakan sebuah bobber yang mempunyai karaktor dan personaliti lama tetapi dimodenkan dengan rekabentuk retro dari Jepun yang lebih cantik dan menawan. Dengan model ini, para pemilik Bolt akan dapat menikmati keunikan dunia kustom dengan lebih luas,” kata Dato’ Jim Khor.

XV950R ini dilengkapi dengan enjin empat lejang jenis v-kembar yang menawarkan kuasa setinggi 52.1PS (51HP) pada 5,500rpm dan tork 79.5Nm pada 3,000rpm. Sistem nyalaan dan pancitan bahan api baru menyumbang kepada peningkatan kuasa enjin ini di peringkat pertengahan. Rekabentuk luarannya persis kepada gaya jentera dari Amerika yang sentiasa digemari oleh para pencinta dunia cruiser atau bobber di dalam dan luar negara.

Menurut En. G.S Tan, lebih kurang 100 unit Bolt CBU kini berada di pasaran dan dijangkakan model CKD akan mula memasuki pasaran negara pada tahun 2016. Beliau turut mengatakan bahawa kemampuan jentera ini untuk diubahsuai mengikut kemahiran dan kreativiti pemiliknya akan menjadikan Bolt mendapat sambutan hangat daripada para pengguna motosikal di Malaysia.

Yamaha XV950R Bolt ini dilengkapi dengan kerangka keluli jenis double cradle dan ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif iaitu RM52,500 (termasuk 6% GST) dengan satu pilihan warna iaitu Matt Grey.

Turut dipertontonkan di majlis yang sama ialah sebuah lagi model terbaru iaitu Yamaha MT-09 Tracer yang bakal dipasarkan pada tahun hadapan. Model ini bakal berada dalam segmen jentera dual purpose dan antara ciri-ciri menarik yang dapat dilihat ialah ia dilengkapi dengan dua buah lampu utama, rak kotak barang sisi, cermin pengadang udara dan pelindung grip tangan. RR

Isu Pada

November 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.