☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Oktober 2022

Justin Bieber X Vespa – Projek Unik Semangat Kebebasan

Vespa sentiasa memenuhi dan merangsangi imaginasi para selebriti, artis dan perekacipta di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama-nama besar seperti Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon telah menggabungkan kreativiti tulen mereka dengan gaya penciptaan jentera Vespa berjaya melahirnya sebagai koleksi jenama eksklusif.

Projek unik terbaru ialah untuk meraikan semangat kebebasan dan keghairahan untuk gaya dan reka bentuk melalui gabungan kreativiti menarik. Untuk itu, kerjasama yang tidak dijangka tetapi sangat menarik terbentuk bersama selebriti pop global iaitu Justin Bieber.

Beliau merupakan bintang muzik antarabangsa dengan berjuta-juta peminat di seluruh dunia, bersama-sama dengan Vespa untuk memperkenalkan JUSTIN BIEBER X VESPA. Sebuah model Vespa eksklusif serba baru yang datang dari idea dan rekaan sendiri penyanyi tersebut.

“Kali pertama saya menunggang Vespa ialah ketika berada di Eropah, mungkin sama ada London atau Paris. Saya ingat lagi apabila melihat Vespa tersebut dan mengatakan sesuatu seperti: 'Saya mahu menunggang salah satu daripadanya'. Saya betul-betul gembira. Dengan hembusan angin yang bagaikan menyisir rambut saya, saat itu benar-benar bebas,” komen Justin Bieber.

“Saya sukakan Vespa dan bekerjasama dengan jenama klasik seperti ini adalah sesuatu yang sangat hebat. Apabila dapat mengekspresikan diri, sama ada melalui seni, muzik, visual atau estetika atau mampu mencipta sesuatu adalah sebahagian daripada hidup saya. Matlamat dalam mencipta dan mereka bentuk adalah sentiasa untuk meletakkan putaran unik anda sendiri pada sesuatu", tambahnya lagi.

Model ini didatangkan dengan enjin 150cc yang telah diperhalusi untuk menerapi regulari alam sekitar. Geometri baru yang lebih segar dianggunkan lagi dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT berwarna penuh, sistem penyambungan dengan telefon pintar dan rim-rim 12' yang mantap.

Model eksklusif 'Edisi Terhad' dilengkapi dengan koleksi aksesori seperrti beg, sepasang sarung tangan dan topi keledar berwarna putih dengan 'utter' 'Justin spin' bercorak api menyala. Harga jualan untuk Vespa X Justin Bieber ialah RM28,000. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.