☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Oktober 2022

Yamaha MT-07 & MT-125 2023 dilancarkan di Eropah.

Dengan penggayaan luaran yang garang, reka bentuk casis berotot dan teknologi enjin 'crossplane' yang mantap, tidak hairanlah model jalanan Yamaha siri MT telah menerima permintaan tinggi sejak ia mula-mula diperkenalkan.

MT-07
MT-07
MT-125
MT-125

Popular dengan falsafah 'Dark Side of Japan', rangkaian MT telah mencapai kejayaan berterusan selama 10 tahun dalam pasaran Eropah. Dengan lebih 420,000 terjual, Yamaha Hyper Nakeds ini telah mencipta 'kumpulan' pemilik MT yang memaparkan prestasi serta minat yang menakjubkan. Siri MT merangkumi keseluruhan segmen daripada 125cc hingga 1000cc dengan tujuan untuk memberikan nikmat tunggangan di semua peringkat usia.

MT-07 2023

Pembaharuan paling ketara tentulah menerusi paparan TFT (warna penuh) 5 inci baru yang menawarkan dua tema/rekacorak skrin yang berbeza. Tema 'The Street' kelihatan lebih moden dengan takometer jenis bar di bahagian atas dengan bacaan meter kelajuan dan pilihan gear. Tema 'Touring' pula didatangkan dengan takometer jenis analog dan meter kelajuan jenis digital.

Panel meter TFT MT-07.
Panel meter TFT MT-07.

Menerusi aplikasi MyRide yang dimuat turun pada telefon pintar, penunggang boleh berkomunikasi dengan unit kawalan komunikasi MT-07 menerusi sistem Bluetooth. Dengan penyambungan ini, kita diberi pemberitahuan panggilan masuk, e-mel dan mesej yang dihantar pada meter TFT baharu.

Icon Blue 'kiri' & Cyan Storm.
Icon Blue 'kiri' & Cyan Storm.

Sistem juga memaparkan sebarang isu teknikal yang mungkin dikesan pada MT-07 dan menghantar pemberitahuan tersebut melalui e-mel terus kepada pengedar motosikal atau individu lain yang disimpan oleh penunggang. Aplikasi MyRide memantau semua parameter utama motosikal, menjejaki laluan yang diambil, serta merekodkan jarak perjalanan, tahap pecutan, kelajuan tertinggi, sudut condong dan banyak lagi.

MT-07: 'Tech Black'.
MT-07: 'Tech Black'.

MT-07 baru ini juga dilengkapkan dengan aksesori tulen berupa penyediaan elektronik untuk sistem Quick Shifter. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Tech Black.

MT-125

Seperti 'abangnya', ia hadir dengan panel meter baru jenis TFT yang bersaiz 5 inci yang mempunyai pakej penyambungan aplikasi 'MyRide' pada telefon pintar. Sistem ini sama seperti yang digunakan oleh MT-07 cuma di paparan TFT model ini, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu tema 'Street'.

Menerusi Aplikasi 'MyRide', kita dapat membuat rekod perjalanan, melihat laluan perjalanan dan prestasi motosikal sepanjang perjalanan. Untuk meningkatkan prestasi MT-125 ini, Yamaha telah menyediakan pelbagai aksesori menarik seperti Traction Control yang pastinya membantu tunggangan lebih meyakinkan.

MT-125 ditawarkan dengan warna-warna menarik seperti Cyan Storm, Icon Blue dan Tech Black. Kita berharap pihak HLYM akan mengikut trend ini pada model MT-25 dan MT-15 pada masa akan datang. RR

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).