☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Januari 2023

BMW Motorrad Malaysia Mempersembahkan BMW K 1600 B

BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan model kembara baru, BMW K 1600 B yang sekali gus meluaskan lagi portfolio motosikal berkuasa tingginya di peringkat tempatan khususnya dalam segmen pengembaraan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, Hans de Visser: “Untuk mengalu-alukan tahun baru, kami berbesar hati untuk membawakan sebuah jentera yang menawan, selesa dan berkuasa tinggi sebagai pendamping untuk para pengembara di Malaysia. Dengan BMW K 1600 B baharu, para pelanggan kami dapat mengalami sendiri sebuah jentera mewah berprestasi tinggi yang sebenar, yang disempurnakan dengan ciri-ciri pratikal seperti mana model-model jelajah kami yang lain.

Jentera ‘Bagger’ baharu ini benar-benar ‘The Spirit of the Open Road’, kerana ia menjadikan setiap jalan raya itu satu penjelajahan dan detik indah yang tersemat dalam ingatan anda.”

Dengan menggabungkan prestasi cemerlang enjin 6 silinder sebaris dengan kelengkapan dan kemudahan yang canggih, BMW K 1600 B baharu menjadikan sesi tunggangan jarak jauh anda lebih menyenangkan. BMW K 1600 B didatangkan dengan rekabentuknya yang dirumus untuk menyusur dari destinasi ke destinasi. Enjinnya bersesaran 1,649cc yang mampu menjanakan kuasa maksimum setinggi 118 kw (160 hp) pada 6,750rpm dan tork 180Nm pada 5,250rpm. BMW ini juga dapat memecut dengan mudah dan selesa pada kelajuan maksimum 200km/j serta dibantu dengan sistem bantuan untuk mengundur (Reverse Assistant).

Cermin pengadang angin model baru ini lebih singkat tetapi dimantapkan dengan lampu belakang dan lampu isyarat jenis LED. Terdapat juga lampu brek pada kotak barang sisinya. Enjinya dilindungan dengan pelindung (Engine Protection Guard). Bagger ini diperhalusi dengan penggunaan lampu-lampu LED lengkap dengan Light Icon, lampu selekoh (Adaptive Cornering Light), Lampu 'Spotlight' (LED Auxiliary Lights) dan Lampu Pencahaya Bawah. Ditawarkan dalam warna Black Storm Metallic dan Manhattan Metallic Matte (Style Exclusive).

BMW K 1600 B baru ini juga dipadatkan dengan sistem elektronik terkini seperti BMW Motorrad Integral ABS Pro, Automatic Stability Control (ASC), tiga mod tunggangan (Rain, Road dan Dynamic), Engine Brake Control, Dynamic Traction Control (DTC), Hill Start Control (HSC), Electronic Cruise Control, Dynamic ESA Next Generation (dengan Automatic Load Levelling) yang kesemuanya direka demi memastikan perjalanan atau pengembaraan meninggalkan 1001 kenangan manis.

Harga jualan untuk BMW K 1600 B baru ini ialah RM173,500.00 (harga atas jalan, tanpa insurans, Waranti 3 Tahun serta Program Roadside Assistance oleh BMW Motorrad Malaysia). RR

Antara ciri-ciri menarik lain ialah:

  • Gear Shift Assistant Pro
  • Tyre Pressure Control (RDC)
  • Panel meter TFT 10.25"
  • Sistem penyambungan BMW Connectivity dan Integrated Map Navigation
  • Sistem kunci pintar
  • Sistem penggera Anti-Kecurian
  • Central Locking System
  • Sistem Audio 2.0
  • Panel Pemijak Baru
Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.