☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Januari 2023

Boon Siew Honda Perkenalkan Honda Wave Alpha 2023. Harga asas RM5,179

Honda Wave Alpha sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi buat peminat dan pengguna motosikal di Malaysia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 lalu, ia merupakan antara model yang cukup popular disebabkan beberapa faktor penting seperti enjin yang tahan lasak, jimat bahan api, mudah diselenggara dan selesa untuk ke mana sahaja.

Terkini, Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Wave Alpha baru yang didatangkan dengan enjin Euro4, sistem suntikan bahan api elektronik, rekabentuk lebih sporty, tangki bahan api yang lebih besar dan ruang barang bawah pelana sebesar 7.3 liter.

Bagi enjin baru 2023, enjin ini menghasilkan hantara kuasa 6.49kW pad 7,500rpm dan tork 8.67Nm pada 5,500rpm. Kecekapan penggunaan bahan api merupakan ciri utama dalam peningkatan prestasi enjin. Wave Alpha boleh mencapai 70.9km/l mengikuti mod pengukuran penggunaan bahan api (WMTC), menjadikannya prestasi terbaik dalam kelasnya khusus dari segi penggunaan bahan api. Saiz tangki petrol untuk Wave Alpha 2023 ialah sebesar 4.1 liter.

Reka bentuk lampu belakang lebih sporty manakala panel meter kelajuan Honda Wave Alpha yang baru ini lebih menarik berbanding sebelum ini, lengkap dengan penunjuk FI.

Honda Wave Alpha ditawarkan pada harga asas RM5,179 dan boleh didapati dalam warna iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue, serta Clipper Yellow. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).