☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Februari 2014

KTM 1290 SUPER DUKE 'The Best' Yang Mengagumkan

Model jalanan terbaru dari KTM iaitu 1290 Super Duke kini bakal menggegarkan jalan-jalan di seluruh negara selepas ia dilancarkan pada 21 Disember lalu bertempat di Litar Antarabangsa Sepang. Majlis pelancaran model hebat ini telah disempurnakan oleh En. Kenny Lee, CEO Motonation Sdn Bhd, En. Selvaraj Narayana (Pengarah Urusan Asia Tenggara) sambil ditemani oleh En. Thomas Kuttruf (Pengurus PR dan Media KTM Sport Motorcycle AG, Austria), En. Jeremy Mc Williams (Jabatan Pandu Uji KTM, bekas pelumba MotoGP) dan pelumba Moto3 Negara, Zulfahmi Khairuddin.

En. Kenny Lee melancarkan model terbaru KTM 1290 Super Duke.
En. Kenny Lee melancarkan model terbaru KTM 1290 Super Duke.


“Produk-produk keluaran KTM ternyata semakin mendapat tempat di hati para penunggang motosikal di seluruh dunia dan ini dibuktikan dengan jumlah penjualan sebanyak 113,000 unit pada tahun 2013 berbanding 105,000 unit pada 2012. Peningkatan yang mengagumkan itu melibatkan semua jenis kategori seperti sport, offroad, street, ATV dan X-Bow manakala faktor terpenting populariti mesin-mesin KTM terus meningkat ialah kejayaan dalam memenangi sebanyak 241 takhta untuk semua jenis perlumbaan yang diadakan,” kata En. Selvaraj Narayana.


KTM 1290 Super Duke bakal dijual di Malaysia pada harga asas RM123,888 dan ia ternyata cukup berbaloi untuk dimiliki. Ia sebuah mesin berisipadu 1,301cc yang dilengkapi dengan enjin dua silinder menawarkan kuasa setinggi 180bhp pada 8,870rpm, kuasa tork 144Nm pada 6,500 rpm yang ternyata berprestasi cukup tinggi. Dengan casis yang dibuat menggunakan keluli krom molybdenum yang diwarna dengan kaedah powder coated.

Zulfahmi (kiri) dan Jeremy berkongsi pengalaman di SIC.
“Walaupun kuasanya cukup tinggi, ia memang mudah untuk ditunggang dan dikendalikan. Saya sudah mengujinya di Sepanyol di beberapa jenis jalanan seperti kawasan berselekoh di pergunungan,lebuhraya, kawasan bandaran dan di litar. KTM 1290 Superduke menjangkaui segala jangkaan saya dan amat berpuas hati. Dengan pelancarannya hari ini, saya berharap semua peminat dan penyokong KTM akan dapat merasai sendiri apa yang saya katakan tadi dan alamilah kehebatannya,” kata En. Kenny Lee.


Untuk membuktikan keunggulan mesin jalanan keluaran KTM ini, telah disediakan beberapa unit khas untuk para wartawan mengujinya di litar SIC dalam tiga sessi test ride yang diadakan. Turut memeriahkan lagi sessi tunggang uji pada hari itu ialah kehadiran pelakon terkenal Zizan Razak. Beliau sedang mempromosikan filem terbarunya TOKAN yang turut memilih untuk menggunakan mesin-mesin KTM di dalam filem tersebut.


Dalam masa yang ditetapkan, kami dapat menikmati KTM 1290 Superduke sebanyak 10 lap dan benar… ianya amat hebat! Motosikal ini jenis jalanan, hanya seberat 189kg dan apabila digabungkan dengan kuasa sehebat 180bhp dan tork 144Nm, kita pasti menganggap ia akan menghamburkan kuasa yang menakutkan. Jika ini berada di minda… anda ternyata silap.

Mesin ini cukup mudah dikendalikan dalam semua keadaan dan corak jalanan. Ia didatangkan dengan tiga mod tunggangan seperti sport, street, rain dan supermoto yang lengkap dengan sistem ABS. Kita dapat memilih talaan mengikut keserasian dan tahap kecekapan tunggangan masing-masing. Hantaran kuasa yang gah tetapi linear memudahkan kita meningkatkan kelajuan dengan selamat ketika keluar dari selekoh dalam semua kedudukan gear.


Rekabentuknya yang ergonomik menawarkan keselesaan dan keyakinan ketika kita membuat pecutan atau pun sewaktu membrek dengan keras untuk masuk ke selekoh. Dalam kedudukan gear kedua hingga keempat, kita mampu menarik kelajuan mencecah 240km/j dengan lancar, tanpa sebarang sentapan. Kita perlu menarik keras brek hadapan untuk masuk ke selekoh pertama litar SIC dan brek-brek 1290 Super Duke yang bersaiz 320mm jenis Brembo (depan) dan 240mm juga dari jenis Brembo sememangnya bertindak dengan cukup agresif.

“Ia memang sebuah motosikal yang berkuasa tinggi tetapi amat mudah untuk dikendalikan. Paling mengujakan ialah kuasa pecutannya yang amat-amat mengagumkan. Di sesetengah selekoh, saya rasakan Duke ini mampu beraksi lebih cemerlang daripada mesin-mesin Hypersport tanpa ragu-ragu,” kata bekas pelumba MotoGP, Jeremy McWilliams. RR
 

Isu Pada

Februari 2014

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).