☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Mac 2023

Royal Enfield Hunter 350 Dilancarkan – Harga Bermula RM22,000

Royal Enfield yang merupakan pengeluar jentera segmen bersaiz sederhana telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Royal Enfield Hunter 350. Ianya dicipta untuk untuk tunggangan di dalam bandar atau pinggir bandar yang memilik badan kompak tetapi berkuasa. Terdapat dua varian iaitu Metro Rebel dan Metro Dapper.

Model ini dibina menggunakan platform 350cc J-series beserta casis Harris Performance yang memberikan ketangkasan dan kestabilan.  Dari segi penampilannya, Metro Rebel hadir dengan dwi-tona warna pada bahagian tangki manakala untuk varian Metro Depper hanya menerima satu warna badan sahaja.

Royal Enfield Hunter 350 dikuasakan dengan enjin silinder tunggal yang bersesaran 349cc, sistem penyejuk udara, SOHC dan menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI). Enjinnya mampu menjana kuasa maksimum 20.2bhp pada 6,100rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm. Kuasa disalurkan melalui kotak gear 5-kelajuan.

Dengan ketinggian pelana 800mm dan jarak roda 1,370mm memudahkan penunggang untuk menunggang jentera ini dengan lebih yakin apabila menyusuri di laluan yang sempit. Kedua-dua varian ini juga dilengkapi dengan roda aloi 17 inci dengan tayar-tayar bersaiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).

Dari segi keselamatan, model ini disempurnakan dengan brek jenis cakera 300mm di bahagian hadapan dan cakera 270mm di belakang. Royal Enfield Hunter 350 juga dipadankan bersama sistem ABS dua saluran.

Antara ciri-ciri lain yang ada seperti:

  • Berat 181kg
  • Tangki bahan api 13 liter
  • Paparan meter analog dan digital
  • Lampu belakang LED
  • Soket pengecas USB
  • Fork teleskopik 41mm Twin Downtube
  • Penyerap hentak belakang berkembar Emulsion preload dengan pelarasan 6 tahap

Royal Enfield Hunter ditawarkan pada harga bermula RM22,000 untuk varian Dapper. Manakala bagi varian Rebel pula boleh dimiliki pada harga RM22,200. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.