☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Mac 2023

Boon Siew Honda Lancar Honda Vario 125! - Harga RM7,080

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan jentera skuter sporty terbaru mereka iaitu Honda Vario 125. Jentera ini sesuai untuk tunggangan harian dengan rekabentuk lebih sporty, hadir dengan ciri-ciri canggih dan berbaloi untuk dimiliki.

Kehadiran skuter inj merupakan jawapan buat mereka yang ingin mencari sebuah motosikal automatik mampu milik yang memiliki ciri-ciri moden yang terdapat pada skuter premium. Corak badan sporty serta grafik garis accent yang elit menampilkan lagi Vario 125 tampak lebih bergaya.

Honda Vario 125 didatangkan dengan enjin 125cc, 4 lejang, silinder tunggal dan sistem penyejuk cecair. Model yang menggunakan enjin berteknologi Enhanced Smart Power (eSP) ini mampu memghasilkan kuasa maksimum 8 55kW pada 8,500rpm dan tork 11.74Nm pada 5,000rpm.

Antara ciri utama yang terdapat pada Vario 125 ini adalah Honda SMART Key System, merupakan yang pertama dalam kategori 125cc. Sistem ini turut mempunyai ciri keselamatan seperti Pengera Anti-kecurian dimana pengera akan berbunyi dan isyarat berkelip apabila motosikal mengesan pergerakan ketika meninggalkan motosikal. Terdapat juga sistem jawab balik untuk pemilik mengesan motosikal mereka di tempat parking apabila fungsi immobilizer dihidupkan.

Untuk memudahkan pergerakkan, Honda Vario 125 turut didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana bersaiz 18 litar, merupakan ruang penyimpanan terbesar untuk kategori 125cc. Di bahagian hadapan mempunyai dua ruang kecil yang boleh memuatkan botol air dan barangan lain seperti sarung tangan. Pemilik juga boleh mengecas telefon bimbit ketika menunggang kerana Vario 125 dilengkapi dengan soket pengecas USB di dalam kotak konsol.

Untuk tampak lebih premium, Honda Vario 125 hadir dengan sistem lampu LED dibahagian hadapan dan belakang termasuklah lampu isyaratnya. Skuter ini juga disempurnakan dengan paparan meter digital penuh yang memaparkan info-info penting buat penunggang.

Penampilan model ini direka untuk memenuhi citarasa golongan dewasa muda agar lebih bergaya di jalan raya. Honda Vario 125 ditawarkan para harga bilik pamerean yang disyorkan RM7,080 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Merah, Biru dan Kuning. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.