☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Mac 2023

Blueshark R1 & R1 Lite Sudah Tiba!

Blueshark yang merupakan anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pengeluar skuter elektrik pintar yang canggih di dunia telah memperkenalkan skuter siri R Blueshark. Terdapat dua model siri R yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Blueshark R1 dan R1 Lite. Skuter elektrik ini dibawakan teknologi bateri yang siap dipatenkan dengan ciri-ciri printis dan pelbagai pilihan pemilikan bagi menganjakkan paradigm kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Blueshark R1 boleh menikmati jarak perjalanan sejauh 110 kilometer setelah di cas penuh (NEDC) dengan kelajuan maksimum 80km/j. Skuter elektrik ini dikuasakan dengan motor magnet elektrik 5000w yang berkelajuan tinggi dengan kuasa hantaran setinggi 5kW serta nilai tork 201Nm.

Skuter elektrik ini dilengkapi dengan dua pek bateri litium-besi fosfat berkapasiti 1,440Wh setiap satu yang boleh di tukar segera di Blueshark Station (stesen penukaran bateri) yang terdapat  di mana-mana stesen Petronas terpilih atau dicas penuh dalam tempoh 3 jam 35 minit menerusi pengecas domestik tiga pin yang disediakan.

Terdapat lima mod tunggangan iaitu Walk Assist Mode (WAM), Turbo, Normal, Eco dan Sport di mana tahap kelajuan jentera ditala mengikut pemilihan mod tunggangan. Blueshark R1 juga menggunakan sistem operasi ArkRide OS 2.0, pemilik boleh menyambungkan sistem ini dengan telefon bimbit menerusi sambungan Bluetooth yang menyediakan pelbagai fungsi seperti GPS, pemain media, kemas kini atas talian (OTA), perakan tunggangan serta banyak lagi melalui paparan meter HD IPS bewarna penuh bersaiz 10.4 inci.

Pada hari pelancaran RR turut berpeluang untuk menguji Skuter elektrik R1 ini. Secara keseluruhannya, skuter elektrik ini sangat selesa untuk tunggangan di dalam bandar. Kami juga dapat rasakan perbezaan kuasa di setiap mod tunggangan.

Dari segi kestabilan, Blueshark R1 memang cukup licah jika ditunggang melalui kawasan yang sesak dengan kenderaan. Dengan berat 92kg, jentera dapat digerakkan ke kiri dan kanan dengan mudah. Cuma jangan memiringkan jentera ini ke bawah sangat kerana tongkat tengah akan mudah tersangkut pada permukaan jalan.

Walaupun ia sebuah skuter elektrik, Blueshark R1 ini juga mengeluarkan bunyi tiruan melalui speaker seakan-akan skuter biasa. Memang cukup menarik sekali buat mereka yang inginkan kelainan. Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah sistem Advanced Driver-Assistance (ADAS). Terdapat kamera di bahagian hadapan dan belakang serta dua sensor yang diletakkan pada motosikal ini. Imej akan dipaparkan apabila kita mengundur.

Blueshark R1 Lite ditawarkkan pada harga RM7,190 dan R1 berharga RM9,390. Harga tersebut tidak termasuk bateri. Pemilik perlu menyewa bateri yang bernilai RM79 sebulan (dua pek bateri). Untuk pakej langanan korporat (kenderaan & bateri) berharga RM547 sebulan bagi R1 manakala R1 Lite pada harga RM487 sebulan.

Untuk bateri, pemilik perlu melanggang pelan bateri BlueSwap Flex yang berharga RM1.95 setiap kali menukar bateri. Bagi tiga plan lain yang tersedia adalah BlueSwap Lite (RM59/sebulan, 36 kali penukaran bateri), BlueSwap Standard (RM99/sebulan, 70 kali penukaran bateri) dan BlueSwap Pro (RM139/sebulan, 120 pertukaran bateri). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.