Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 April 2023

BMW Motorrad Perkenalkan Dua Model Kembara baru, BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL

BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua model kembara (touring) mewah terbaru iaitu BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL. Kedua-dua model ini disempurnakan dengan reka bentuk cukup menawan serta daya ketangkasannya luar biasa yang bersedia untuk menawarkan pengalaman menunggang yang mengagumkan.

BMW K 1600 GTL 'kiri' dan BMW K 1600 GT
BMW K 1600 GTL 'kiri' dan BMW K 1600 GT

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sudah lebih sedekad kami membawa jentera enam silinder yang bertenaga dan mewah di aras yang tertinggi melalui model-model BMW K 1600. Kini, dengan berpegang kepada seni reka bentuknya yang asal, kami mempersembahkan ciri-ciri eksklusif yang baru untuk BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL yang menjanjikan kenangan pengembaraan yang indah menerokai dunia di kota dan keindahan landskap.”

Model baru ini menampilkan enjin sebaris enam silinder yang bertenaga, karaktor mesin kembara sebenar serta prestasi keseluruhan cukup mengagumkan. Kedua-dua model didatangkan dengan enjin 1,649cc yang berkuasa 160 hp pada 6,750 rpm dan tork 180 Nm pada 5,250 rpm serta mampu memecut lebih daripada 200km/j.

BMW K 1600 GTL
BMW K 1600 GTL

Turut disempurnakan pada model ini ialah lampu-lampu jenis LED (dinaik taraf), lampu DRL, lampu dan Ground-Level Lighting yang memberi suluhan yang lebih terang demi keselamatan penunggang. Turut menanti para pemiliknya adalah cermin pengadang angin boleh laras, panel meter TFT berwarna penuh bersaiz 10.25 inci yang dilengkapi dengan sistem navigasi BMW Motorrad Connected. Sistem bluetooth yang membolehkan kita untuk mendengar telefon, muzik dan navigasi TFT.

BMW K 1600 GT
BMW K 1600 GT
BMW K 1600 GT
BMW K 1600 GT

Kedua-dua model ini juga disempurnakan dengan sistem elektronik terkini seperti Mod Tunggangan (Rain, Road dan Dynamic), Dynamic Traction Control (DTC), Engine Brake Control (MSR), Hill Start Control Pro, ESA Next Generation (dengan Automatic Load Levelling) dan Reverse Assistant.

BMW K 1600 GT adalah varian yang sangat tangkas dan dinamik – mempunyai ciri-ciri sporty tanpa mengurangkan nilai-nilai keselesaannya untuk suatu pengembaraan. Model ini didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Black Storm Metallic dan gaya Sport yang menggabungkan warna putih dan biru perlumbaan metalic. Untuk tampak lebih eksklusif, angkup brek hadapan berwarna keemasan dan dijual pada harga RM174,500.

BMW K 1600 GTL pula dirumus khas untuk menyempurnakan nikmat mengembara dua individu yang lebih mengutamakan keselesaannya untuk perjalanan ribuan kilometer. Terdapat dua pilihan warna iaitu Black Storm Metallic dan Gravity Blue Metallic dengan harga RM183,500. Terdapat juga pilihan Edisi Istimewa dengan warna 719 Meteoric Dust untuk kedua-dua model BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaianĀ keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buatĀ skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.