☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Mei 2023

EMOS Perkenalkan Kawasaki Z H2 SE, KX250X & KX250.

Bersempena dengan penganjuran Malaysia Autoshow 2023, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) memperkenalkan beberapa model Kawasaki terbaru yang bakal mewarnai pasaran jentera berkuasa tinggi tanahair. Antara model yang diperkenalkan ialah sebuah jentera Supercharged untuk segmen supernaked mereka iaitu Kawasaki Z H2 SE, KX250 dan KX250X.

Kawasaki Z H2 SE
Kawasaki Z H2 SE
Kawasaki KX250.
Kawasaki KX250.

Kawasaki Z H2 SE: Sama seperti model siri keluarga Z yang lain, Z H2 SE juga dibangunkan dengan konsep rekabentuk SUGOMI yang menampilakan rupabentuk lebih agresif dan menarik. Model ini disempurnakan dengan enjin 998cc, 4 silinder sebaris, 16 injap dengan sistem sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa pada 197HP pada 11,000rpm dan tork 137Nm pada 8,500rpm. Enjinnya ini turut dikuasakan denga sistem Supercharged, sama seperti Ninja H2 dan H2 R.

Sebagai sebuah jentera naked berkuasa tinggi, Z H2 SE turut menawarkan pakej elektronik seperti sistem IMU, Kawasaki Quick Shifter (KQS), Kawasaki Electronic Control Suspension (KECS), Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Kawasaki Traction Control (KTRC), Integrated Riding Modes, 3 mod tunggangan kuasa, Electronic Criuse Control dan Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System (KIBS).

Dari segi keselamatan, jentera ini menggunakan brek hadapan jenis Brembo Stylema dengan cakera berkembar 320mm manakala belakang dipadankan dengan brek cakera tunggal 260mm. Kawasaki Z H2 SE ditawarkan pada dua pilihan warna iaitu Metallic Matte Graphene Steel Grey dan Metallic Graphene Steel Ebony yang bermula pada harga RM97,888 (tanpan cukai jalan dan insurans).

Turut menarik perhatian ialah dua model lasak berwarna hijau iaitu Kawasaki KX250 dan KX250X. Walaupun nampak sama, kedua-dua model ini direka untuk tujuan yang sedikit berbeza. KX250 adalah model yang memiliki ketangkasan dan spesifikasi yang 'ready' untuk saingan motocross manakala model KX250X pula ditawarkan buat mereka yang gemarkan dunia lasak dan 'cross-country'.

Kedua-dua model ini dilengkapkan dengan enjin 249cc, silinder tunggal dan sistem sejukan cecair yang berkuasa sekitar 40hp. Model ini juga hadir dengan sistem elektronik Kawasaki Launch Control Mode, Ergo-Fit untuk keselesaan dan tahap ideal posisi penunggang sewaktu mengendalikannya di pelbagai jenis laluan. Antara perbezaan di antara KX250 dan KX250X ialah kelegaan tanah, saiz tayar, tinggi pelana, tapak roda dan lain-lain lagi.

Hanya terdapat 1 warna pilihan untuk model ini iaitu Lime Green. Harga untuk Kawasaki KX250X ialah RM35,500 manakala untuk model KX250 ialah RM35,000. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.