☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2014

Yamaha EGO-LC Baru Dengan Sistem Pancitan Bahan Api

Sempena majlis sambutan Hari Raya Cina yang berlangsung di awal bulan Februari lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenal sebuah lagi varian terbaru Ego LC yang kini dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api iaitu YMJet-FI. Enjin serba baru ini menawarkan pergerakan yang lancar dan penggunaan bahan api yang menjimatkan.

Majlis perasmian Yamaha Ego LC ini telah disempurnakan oleh En. C.H Ng, Pengarah Urusan HLYM dan diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Kwek Leng San, Presiden Kumpulan Pengeluaran Hong Leong.

Generasi kedua Ego LC ini dikuasakan oleh enjin empat lejang yang berisipadu 125cc dan paling penting ia kini telah dilengkapi dengan sistem YMJet-FI yang cukup hebat. Beberapa perubahan telah pun berjaya dilakukan seperti penukaran lampu utama, rekabentuk sisi, lampu belakang dan banyak lagi. Selain warnanya yang menarik, kualiti pembuatannya yang tinggi adalah faktor utama Yamaha semakin mendapat kepercayaan para penunggang di Malaysia.

Yamaha Ego LC baru ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, merah dan hitam. Harga asas yang ditawarkan pula cukup mengagumkan iaitu RM5,640. RR

Isu Pada

Mac 2014

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.