Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Mei 2023

Ducati Panigale V4 R (2023) Dilancarkan di Malaysia

Ducati Panigale V4 R merupakan model khas yang dihasilkan bagi tujuan homologasi agar dapat mengambil bahagian di dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK). Kejuaraan itu memerlukan pembuat motosikal yang mengambil bahagian menghasilkan sebilangan model yang akan dilumba (bergantung kepada jumlah pengeluaran). Oleh itu terdapat model yang khas seperti Ducati Panigale V4 R ini, Honda CBR1000RR-R SP, Kawasaki Ninja ZX-10RR, BMW M 1000 RR, dan sebagainya.

Ducati Panigale V4 R sudah menjadi juara bersama Alvaro Bautista pada musim 2022, jadi pembuat negara Itali itu menghasilkan V4 R yang lagi berkuasa bagi musim 2024. Sebagai perbandingan, enjin Panigale V4 R keluaran 2022 sudah pun menjana 218HP pada 15,500 rpm. Bagaimanapun, Ducati telah mempertingkatkan model 2023 ini dengan menaikkan RPM maksimum kepada 16,500 rpm pada gear ke-6, dengan tujuan untuk mencapai kelajuan tertinggi pada bahagian lurus trek.

Selain itu, pengenalan ekzos perlumbaan baharu, serta bahanapi yang dirumus khas oleh Shell membolehkan enjin Panigale V4 R 2023 menghasilkan kuasa maksimum yang mengagumkan sebanyak 240.5HP.

Ducati telah melaksanakan ciri-ciri inovatif untuk meningkatkan kuasa tambahan Panigale V4 R dengan cara mengurangkan keberatan (inersia) serta geseran di dalam enjin. Salah satunya ialah melalui penggunaan rod penyambung piston (jackrod) titanium yang digerudi serta piston yang bersalut DLC (diamond-like coating). Tambah lagi, geometri piston pun dirombak semula agar mengurangkan 5 gram setiap piston, dan hasilnya mengurangkan inersia. 5 gram tidak terasa banyak di dalam tangan kita, tetapi memainkan peranan yang amat besar apabila piston itu bergerak naik dan turun 33,000 kali sesaat pada 16,500 RPM!

Mod enjin baharu telah diperkenalkan bagi melengkapkan prestasi yang baharu ini. 2 mod baharu, iaitu FULL (kuasa penuh) dan LOW (kuasa rendah), menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza. Seperti istilahnya, mod FULL melepaskan kuasa penuh V4 R, memberikan penunggang potensi prestasi maksimum. Sebaliknya, mod LOW menghadkan kuasa kepada 160HP, mewujudkan pengalaman menunggang yang lebih tenang dan "santai" (yelah, santailah sangat dengan 160HP! - Editor), terutamanya sesuai untuk kegunaan jalan raya.

Ducati juga telah menambahbaikkan beberapa ciri Panigale V4 R 2023 ini. Sistem Ducati Quick Shift telah disemak untuk membolehkan penukaran gear yang lebih lancar semasa pendikit (throttle) dibuka separa dan penuh. Seperti biasa, suspensi Ohlins yang dipilih, dengan fork depan NPX25/30 kini menawarkan peningkatan pergerakan sebanyak 5mm. Bagi meningkatkan pengendelalian, Ducati telah meninggikan kedudukan paksi lengan ayun, yang juga meninggikan pelana duduk sebanyak 20mm. Satu lagi tambahan yang ketara ialah tangki petrol 17 liter yang lebih besar.

Berapakah harganya? Er... ade pembuat kereta golongan kayangan pernah cakap, "Jika anda bertanyakan harganya, anda tidak akan menghayati maksudnya." Ducati Panigale V4 R 2023 dijual pada RM458,900. RR

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888