☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Jun 2023

Moto Guzzi Lancarkan jentera baru, V100 Mandello. Harga bermula RM99,900

Pengeluar motosikal terkemuka dunia, Moto Guzzi telah melancarkan model terbaru iaitu V100 Mandello menerusi pengedar rasmi mereka di Malaysia, Didi Group baru-baru ini.

Moto Guzzi V100 Mandello merupakan sebuah jentera unik dan elegan yang memiliki spesifikasi yang cukup mantap. Model ini merupakan motosikal pertama di dunia yang dilengkapkan dengan 'adaptive aerodinamik' iaitu Deflector yang boleh digerakkan secara automatik (menggunakan suis) bergantung kepada tahap kelajuan dan mod tunggangan. Cermin pengadang angin juga boleh dilaras secara automatik.

Jentera kembara retro ini disempurnakan dengan enjin 1,042cc, Euro 5, sistem penyejuk cecair, kembar V yang memberikan hantaran kuasa setinggi 115hp pada 8,700rpm dan tork 105Nm pada 6,750rpm. Mandello turut dilengkapkan dengan panel meter TFT bersaiz 5 inci, lampu-lampu LED dan lampu Daytime Running Light (DRL).

Kelancaran pergerakan Moto Guzzi ini pula disumbangkan oleh pelbagai sistem elektronik canggih seperti Mod Tunggangan (Tour, Rain, Road dan Sport), sistem Traction Control, Cruise Control, Media Platfrom, sistem Cornering ABS dan sistem saspensi Smart EC 2.0.

Moto Guzzi V100 Mandello ditawarkan pada harga RM99,900 untuk varian standard, dan RM117,900 untuk V100 Mandello S. Varian ini dibezakan menerusi sistem saspensi iaitu V100 Mandello S menggunakan Öhlins. Terdapat empat warna yang ditawarkan iaitu Bianco Polare (varian standard), Rosso Magma (varian standard), Verde 2121 (Mandello S), dan Grigio Avanguardia (Mandello S). RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.