☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Julai 2023

QJ Motor SRK 600 RR Didedahkan

QJ Motor SRK 600 RR telah pun didedahkan baru-baru ini.

Model ini mengikuti jejak SRK 600 yang berupa jenis "naked" yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Enjinnya masih sama dengan SRK 600, iaitu jenis 4-silinder, DOHC, 16 injap. 600cc yang menghasilkan 81HP pada 11,000 RPM dan tork 51Nm pada 10,500 RPM. QJ Motor berkata bahawa keberatan motosikal ini ialah 225kg, sama dengan model SRK 600 yang naked. (Agak mengelirukan.) Spesifikasi enjinnya juga menunjukkan bahawa enjin ini hendaklah diligat dengan kuat untuk pikap seakan enjin 2-lejang.

Apapun, model ini merupakan motosikal QJ Motor yang julung kalinya menggunakan IMU (inertial measurement unit) atau unit sukatan inersia. Unit ini mengukur pergerakan motosikal dalam beberapa paksi seperti ketika memecut, membrek, memerengkan motosikal, dan sebagainya. Datanya dihantar kepada sistem Bosch Motorcycle Stability Control System (sistem kawalan stabiliti motosikal) yang termasuk kawalan traksi dan ABS.

Berhubung ABS, motosikal ini menggunakan dua cakera 320mm di depan dengan kaliper Brembo, serta satu cakera 260mm di belakang. Kerangkanya pula jenis tiub keluli.

Di sebelah suspensi pula, ia bercirikan suspensi KYB dengan fork terbalik di depan dan monoshok tunggal di belakang. Ketinggian pelana ialah 800mm. Semua lampu merupakan LED. Papan mukanya ialah jenis TFT berwarna.

Motosikal ini dijangka akan mencabar kelas 600cc dengan hebat, apatah lagi dengan harganya yang dijangka sangat menarik. Saingan terdekatnya ialah seperti Honda CBR650R dan Yamaha R7 (belum ada di Malaysia), sebagai motosikal "sport harian." Model-model seperti Aprilia RS660 dan Kawasaki ZX-6R pula berada di kelas motosikal sport 600cc yang tulen.

Bilakah QJ Motor SRK 600 RR ini akan sampai di Malaysia? Kita tunggu kata putus MForce.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.