☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Ogos 2023

Scrambler Ducati Generation Diperkenalkan. Tiga Varian: Icon, Nightshift & Full Throttle

Bersempena dengan penganjuran ‘Freedom Festival 2023, Ducati Malaysia telah melancarkan model terbaru Scrambler Ducati Generation 2023 dengan menampilkan tiga varian mantap iaitu Scrambler Icon, Scrambler Nightshift dan Scrambler Full Throttle. Generasi terbaru model Scrambler ini telah direka semula agar lebih mantap tetapi pada masa yang sama mengekalkan gaya dan semangat yang sama.

Model yang dimiliki oleh ratusan ribu peminat dua roda ini bukan sahaja didatangkan dengan prestasi enjin yang padu tetapi juga tahap pengendalian yang mudah dan posisi menunggang cukup selesa untuk perjalanan jauh dan dekat. Di Malaysia, model ini menyumbang kepada 30% daripada jumlah keseluruhan penjualan Ducati pada tahun 2022 yang lalu.

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan enjin 883cc, silinder-kembar Desmodue, sistem sejukan udara, Euro 5 dengan hantaran kuasa maksimum73hp pada 8,250rpm dan tork 65.2Nm pada 7,000rpm. Kehadiran sistem elektronik seperti Ride-by-Wire memberikan mod tunggangan Sport dan Road yang boleh dipilih mengikut kesesuaian penunggang. Untuk tunggangan yang lebih selamat, Scramber Ducati juga hadir dengan sistem Traction Control 4 tahap (dengan pilihan ‘Deactivate’).

Ketiga-tiga varian terbaru ini turut dikemaskan dengan lampu-lampu LED, lampu DRL, lampu hadapan kekal dengan bentuk 'X', skema grafik lebih menarik, tangki 13.5 liter yang direka baru dan panel meter jenis TFT 4.3 inci yang menyerlahkan lagi jentera ikon dari Ducati ini.

Kotak gear 6 kelajuan kini dilengkapkan dengan sistem Quickshifter yang merupakan standard untuk varian Full Throttle tetapi sebagai sistem pilihan (option) untuk model Icon dan Nighshift. Untuk dipadankan dengan bar hendalnya yang lebar, model ini menggunakan fork hadapan jenis USD 41mm dengan jarak ‘travel’ sepanjang 150mm yang cukup sesuai jika berada di laluan-laluan yang mencabar.

Generasi baru Scrambler Ducati ini didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 110/80 ZR18 (depan) dan 180/55 ZR17 (belakang). Untuk varian Icon dan Full Throttle, kedua-duanya dipadankan dengan rim aluminium manakala varian Nightshift pula tampak sedikit berbeza dengan rim jenis jejari. Untuk memastikan kuasa membrek yang mantap, tayar depan menggunakan brek cakera Brembo 330mm dan di belakang bersaiz 245mm. Ya...ketiga-tiga model ini juga dikemaskan dengan sistem Cornering ABS.

Ducati Scrambler Icon berharga RM62,900, Scrambler Nightshift dan Scrambler Full Throttle ditawarkan pada harga RM69,900. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.