☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Ogos 2023

Skuter maksi terbaru, Zontes 350D dan Zontes 350E dilancarkan. Harga dari RM23,800

Zontes Distribution Sdn Bhd, syarikat di bawah Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi motosikal Zontes di Malaysis telah melancarkan siri skuter terbaru iaitu Zontes 350D dan Zontes 350E.

Zontes 350E 'kiri' & Zontes 350D
Zontes 350E 'kiri' & Zontes 350D

Skuter 350 Series baharu dilengkapi teknologi terkini dan pelbagai ciri premium yang lazimnya hanya terdapat pada motosikal yang lebih berkuasa, tetapi pada harga yang menarik dan berpatutan.

Zontes 350D
Zontes 350D
Zontes 350E
Zontes 350E

Kedua-dua skuter terbaru ini menggunakan enjin silinder tunggal 349cc yang menggunakan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api yang sama, dengan 36hp dan tork 38Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT automatik. Skuter tersebut didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km dan sehingga tiga tahun atau 30,000km bagi komponen enjin, tertakluk kepada terma dan syarat.

Zontes 350D
Zontes 350D

Direka untuk mobiliti di bandar, model 350D yang lebih ‘slim’ dan ringan ini mempunyai berat 190 kg dan dilengkapi dengan tangki bahan api bersaiz 12 liter yang dianggarkan dapat berjalan sejauh 400 km dalam mod ECO.

Model ini menjanjikanpengendaliannya yang lebih tangkas, suspensi yang selesa, pecutan yang bagus dan jimat petrol. Zontes 350D boleh didapati dalam warna perak atau hitam pada harga asas RM23,800.

Zontes 350E
Zontes 350E

Model 350E pula, didtangkan dengan jarak roda yang lebih panjang iaitu 1,565mm (berbanding 1,405mm bagi 350D), tangki bahan api 16 liter yang lebih besar (jarak perjalanan sejauh 457km dengan tangki penuh) dan lebih berat. Ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 50 liter boleh memuatkan dua topi keledar ‘full-face’, manakala dua ruang simpanan kalis air yang besar di bahagian depan pula dapat memuatkan empat botol air 500ml dan barangan bersaiz kecil yang lain.

Pada harga RM25,800, versi ini menawarkan bar hendal boleh laras dalam dua posisi (depan dan belakang), membolehkan penunggang memilih kedudukan hendal yang lebih selesa manakala sarung hendal yang dipanaskan dapat mengekalkan kelesaan tangan dan jari penunggang dalam cuaca sejuk.

Zontes 350D
Zontes 350D

Kedua-dua varian 350D dan 350E dilengapkan dengan sistem kawalan tanpa kunci 3.0, panel meter berwarna TFT 6.7”, cermin pengadang angin boleh dilaraskan secara elektronik dan dua port pengecasan pantas 18W dengan penyambung jenis A dan C.

Ciri keselamatan yang terdapat pada kedua-dua varian termasuklah brek cakera depan dan belakang dengan angkup 4 omboh jenis jejari J Juan, sistem ABS dwi saluran, Sistem Tractio Control (TCS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan lampu LED OSRAM ultra terang.

Sempena pelancaran tersebut, Zontes menganjurkan Peraduan “Memorable Memories Together” dari 15 Ogos hingga 17 September 2023 bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai skuter 350 Series. Anda hanya perlu layari pautan yang diberikan, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan log masuk ke laman Facebook Zontes Malaysia (https://www.facebook.com/ZontesMy) pada 3.00 petang, 18 September 2023 untuk mengetahui pemenangnya. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.