☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 September 2023

EMOS Umum Harga Untuk Modenas Versys-X 250 2023 – RM24,900

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasmi telah mengumumkan harga untuk jentera segmen kembara iaitu Modenas Versys-X 250 2023. Model ini tampil dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Metallic Flat Spark Black/CDY Lime Green dengan harga yang disyorkan RM24,900.

Bagi penggemar segmen kembara, Versys-X 250 direka bagi menempuhi pelbagai permukaan jalan tidak kira di jalan raya mahupun laluan lasak. Manakala posisi tunggangan yang menegak menawarkan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.

Modenas Versys-X 250 dijana dengan enjin 249cc, dua silinder, 4-lejang dan sistem penyejuk cecair. Model yang menggunakan kotak gear 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 24.7kW (34PS) pada 11,500rpm dan tork 21.7Nm (2.2kgfm) pada 10,000rpm. Jentera ini juga turut disempurnakan dengan sistem klac jenis Assist & Slipper.

Antara ciri-ciri yang menarik seperti  cermin pengahadang angina yang tinggi, crash guard, pelindung tangan, LED Fogs Lamp, fork jenis teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, kerangka jenis backbone, tangki bahan api 17 liter, paparan meter separa digital dan analog, kotak barangan sisi dan ketinggian pelana 815mm.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model 2023 dan untuk mengetahui berita terkini, anda boleh layari MODENAS atau laman web rasmi KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ , http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.