☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 September 2023

Aprilia RS 457 Dilancarkan Akhirnya

Aprilia RS 457 akhirnya dilancarkan setelah dikhabarkan sekian lama dan diintip beberapa kali.

Dan seperti juga yang dikhabarkan, ia menggunakan enjin dua piston selari 457cc yang menghasilkan 47hp. Aprilia berkata bahawa keberatan keringnya ialah 159kg, manakala berat basahnya ialah 175kg. Spesifikasi seperti ini meletakkannya di kalangan saingan seperti Kawasaki Ninja 400, KTM RC 390, Yamaha YZF-R3/R25.

RS 457 ini juga mirip "abangnya" RS 660 daripada beberapa segi, termasuklah rekabentuk serta penggunaan kerangka utama yang dibuat daripada aluminium. Ia satu-satunya model yang menggunakan kerangka jenis ini, berbanding dengan lawannya menggunakan kerangka keluli. Di bahagian depan frem ini ialah sepasang fork 41mm jenis terbalik, manakala terdapat monoshok di belakang. Brek depan menggunakan cakera tunggal berukuran 320mm yang dicengkam oleh sebuah kaliper 4 piston. Fungsi sistem ABS motosikal ini boleh dipilih oleh penunggang, samada hendak dipadamkan sepenuhnya, atau dihidupkan bagi kedua-dua roda, atau bagi roda depan sahaja. Tayar hadapan bersaiz 110/70 dan tayar belakang bersaiz 150/60.

Seperti biasa bagi motosikal Aprilia, RS 457 ini menggunakan throttle elektronik yang membolehkan sistem kawalan cengkaman tayar dengan tiga tahap. Namun, sistem quickshifter hanya ditawarkan sebagai satu peralatan tambahan.

Harga Aprilia RS 457 ini belum diumumkan buat masa ini.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.