☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Oktober 2023

Moto Guzzi Stelvio Dilancarkan menjelang EICMA 2023

Nampaknya Moto Guzzi (MG) sedang berkembang dengan perubahan arah di bawah Piaggio Group. Pada suatu masa dahulu, MG merupakan jenama yang membina motosikal-motosikal jenis retro setelah diambil alih oleh Piaggio tetapi arah itu tidak menampakkan hasil dan melihatkan sambutkan yang tidak beberapa memberangsangkan. MG mula nampak perubahan ketara apabila melancarkan V85TT dan seterusnya kepada V100 Mandello dua tahun yang lepas. Sekarang, mereka melancarkan Moto Guzzi Stelvio.

Nama model Stelvio pernah dibuat oleh MG tetapi ia terlalu berat dan prestasinya tidak menonjol ketika itu dan akhirnya diberhentikan produksi. Stelvio yang baharu ini pula berasaskan V100 Mandello yang telah mendapat sambutan hangat.

"Stelvio" berasal daripada Laluan Stelvio (Stelvio Pass) di pergunungan Alps Itali. Oleh itu, model kali ini berupa jenis adventure tetapi lebih cenderung kepada tunggangan di atas jalan berbanding off-road, dengan rim 19-inci di depan dan 17-inci di belakang. Suspensinya juga boleh dilaras sepenuhnya.

Enjinnya merupakan jenis V-Twin 1042cc yang digelar Compact Block (Blok Padat). Anda boleh lihat di dalam gambar-gambar ini bahawa ekzosnya keluar di sebelah sisi blok enjin dan bukan di depan. Susunan begini dapat mendekatkan fork depan kepada motosikal untuk memendekkan jarak roda justeru memberikan pengendalian yang lebih tangkas. Selain daripada itu, enjin ini menghasilkan 115hp dan tork 115Nm.

Tidak seperti model Moto Guzzi yang retro, model Stelvio dilengkapi dengan ABS selekoh dan kawalan cengkaman tayar dengan 5 tahap yang boleh dipilih pada panel meter TFT 5-inci.

Ciri elektronik lain termasuklah pakej pertolongan penunggang yang digelar Piaggio Fast Forward Rider Assistance Solution. Ia menggunakan imbasan radar 4D bagi mengesan potensi perlanggaran, titik buta, dan kawalan jelajah adaptif.

Moto Guzzi Stelvio akan dilancarkan secara rasmi di EICMA 2023 kelak.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).