☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 November 2023

BMW R 12 nineT dan R 12 Dilancarkan (2024)

BMW R12 nineT dan BMW R 12 (2024) telah dilancarkan. Ia merupakan pengganti kepada model R nineT yang julung kalinya dilancarkan pada 2014.

Enjin Boxer-nya masih mengekalkan beberapa ciri yang asal seperti aci sesondol berkembar (DOHC), penyejukan minyak dan udara, yang berkapasiti 1170cc. Gerek dan lejang berukuran 101.0mm dan 73.0mm, dengan nisbah mampatan 12.0:1.

Tetapi enjin kedua-dua model ditala bagi prestasi lain kerana R 12 merupakan motosikal yang lebih cenderung kepada jenis retro/standard, manakala R 12 nineT merupakan naked/roadster. Enjin R 12 menghasilkan 95hp pada 6,500 RPM dan 110Nm pada 6,000 RPM. Bagi R 12 nineT pula, enjinnya ditala kepada 109hp pada 7,000 RPM dan 115.3Nm pada 6,500 RPM. Kedua-dua model menggunakan pacuan akhir jenis shaf.

Selain daripada talaan enjin, kedua-dua varian berkongsi kerangka yang sama iaitu jenis keluli dengan kerangka belakang yang disambung dengan bolt. Suspensi R nineT merupakan jenis terbalik 45mm dengan larasan redaman mampatan dan lantunan. Bahagian belakang merupakan lengan ayun aluminium Paralever dan monoshok yang boleh dilaras prabeban springnya.

Brek depan bercirikan kaliper empat piston yang dipasang secara radial dengan cakera brek 310mm berkembar. Brek belakang pula berupa kaliper dua piston dengan cakera 265mm.

Roda depan R 12 berukuran 19-inci manakala yang belakang ialah 16-inci. Roda depan dan belakang R 12 nineT pula berukuran 17-inci.

Seperti biasa, BMW R 12 dan BMW R 12 nineT (2024) ini turut mempunyai beberapa ciri elektronik seperti tunggangan tanpa kunci (Keyless Ride), lampu LED, serta Intelligent Emergency Call (Panggilan Kecemasan Pintar) apabila berlakunya kemalangan serius.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa ciri tambahan seperti pautan ke telefon pintar melalui Bluetooth, Headlight Pro, Hill Start Assist Pro, dan Shift Assistant Pro.

BMW belum menyebut harga kedua-dua model ini.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).